BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 16 Oktober 2020

Mitos diet tanpa gluten

 


Sama ada anda jenis suka jaga makan atau tidak, pasti anda pernah terdengar tentang diet gluten-free atau diet tanpa gluten.


Sejak kebelakangan ini, diet tanpa gluten semakin popular dalam kalangan mereka yang lebih sangat peka dengan kesihatan (health freaks). Ramai di antara mereka yang ingin turunkan berat badan menganggap, diet itu mampu membantu mereka mencapai hasrat.


Menurut Harvard, industri makanan tanpa gluten melonjak 136 peratus dari tahun 2013 hingga 2015. Pada 2015 sahaja, hampir RM50 bilion (12 bilion dolar Amerika Syarikat) telah dibelanjakan pada produk berlabel "tanpa gluten".


Tetapi, diet yang begitu popular sebenarnya tiada faedah kepada orang sihat, orang biasa macam kita. Diet itu hanya berfaedah kepada orang yang disahkan mempunyai penyakit seliak.


Apa itu gluten?


Gluten merupakan sejenis protein yang terkandung dalam bijirin termasuk gandum, barli dan rai. Ia menyebabkan produk gandum bersifat melekit, elastik dan bertindak sebagai pelekat.


Sebagai contoh, apabila tepung gandum sedang diuli, ia tidak akan terputus disebabkan gluten yang menyebabkan tepung itu fleksibel. Begitu juga dengan tekstur roti yang sedang naik apabila dibakar.


Gluten juga terdapat dalam produk makanan seperti sos kicap dan oat, namun kandungannya tidak begitu banyak.


Kenapa orang pilih diet tanpa gluten?


Foto: Lubo Minar

Hanya satu sebab yang bernas untuk pilih diet tanpa gluten, iaitu bagi mereka yang mempunyai penyakit seliak bagi mengelak reaksi terhadap pengambilan gluten.


Penyakit seliak adalah penyakit jenis autoimun, di mana sistem imun tubuh seseorang akan menyerang sel atau tisu sendiri. Mereka yang ada penyakit seliak akan lebih sensitif terhadap gluten kerana sistem imun mereka akan menganggap protein itu sebagai toksin, kemudian menyerangnya. 


Simptom penyakit seliak termasuk keletihan, kembung perut, cirit-birit atau sembelit, turun berat badan, kurang zat makanan dan kerosakan pada usus.


Apa kebaikan gluten?


Masih tiada kajian yang membuktikan keburukan pengambilan gluten bagi mereka tanpa penyakit seliak, sebaliknya membuktikan gluten mempunyai lebih banyak faedah.


Mereka yang mengambil dua hingga tiga hidangan bijian penuh sehari kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis jenis 2 dan kematian, berbanding mereka yang mengambil kurang daripada dua hidangan bijian penuh sehari, lapor Harvard.


Foto: Bill Oxford

Juga, Gluten boleh bertindak sebagai probiotik yang bantu membiak bakteria baik dalam usus kita. Disebabkan wujudnya sejenis prebiotik karbohidrat di dalam dedak gandum, aktiviti bifidobacteria di dalam kolon akan bertambah baik.


Kekurangan kandungan bifidobakteria di dalam usus boleh menyebabkan penyakit radang perut atau gastritis, termasuk penyakit usus inflamatori (IBD), sindrom rengsa usus (IBS) dan kanser kolon.


Sumber foto: Macau Photo Agency, Unsplash

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu