BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 1 Oktober 2020

Proton X50 vs BMW X1 vs Honda HRV

 

Kereta mana lagi laju dalam ujian 0-100 km/h yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang ini? 

Ian Johan Ariff diberi peluang untuk merancakkan media preview kedua Proton X50 yang menguji prestasi dan kemampuan kenderaan terbaharu dari Proton itu.

Salah satu ujian yang dijalankan adalah menguji kereta mana lagi pantas dalam 0-100 kilometer sejam (km/h), antara BMW X1, Proton X50 dan juga Honda HRV.

BMW X1 F48 yang menggunakan enjin yang sama dengan X50, iaitu 1.5 liter tiga silinder turbo.

Sementara Proton X50 varian 1.5L TGDi juga menggunakan enjin 1.5L turbocharged dengan lebih kuasa berbanding X1 (140PS/220Nm untuk X1 manakala 177PS/255Nm untuk X50).

Honda HRV? Enjin berbeza, kelas yang sama dengan X50 yang popular di pasaran sekarang. 

HRV yang diuji menggunakan enjin 1.8L 4 silinder yang mempunyai kuasa yang jauh lebih rendah berbanding X50 dan X1 (142PS/172Nm).

Jadi siapa menang? Kena tengok video di atas la.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu