BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 2 Oktober 2020

Tengok video Proton X50 parking dengan sendiri & brek automatik

 


UPDATE: Harga sudah diumumkan!


Varian standard RM79,200, Executive RM84,800, Premium RM93,200 dan Flagship RM103,300.


Selepas menguji pengendalian dan juga merasai kuasa sebenar Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang, kini kami akan ceritakan pula apa yang best mengenai kereta terbaharu dari Proton ini.


Maklumat mengenai spesifikasi sudah didedahkan cuma harga belum diketahui kerana Proton mahu menunggu sehingga hari pelancaran rasmi kereta ini untuk mengumumkan harganya.


Tarikh pelancaran pun belum diketahui lagi.


Apa yang best mengenai X50 ini adalah ia mempunyai teknologi yang diklasifikasikan sebagai Level 2 Autonomous Driving. 


Dengan teknologi Advanced Driving Assistance System (ADAS), Level 2 Autonomous Driving tidak bermakna pemandu boleh lepas stereng dan membiarkan kereta pandu sendiri di jalan raya.


Level 2 Autonomous adalah terhad kepada beberapa ciri-ciri keselamatan ketika memandu untuk mengelak kemalangan akibat kecuaian manusia.


Pemandu boleh mengaktifkan ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent Cruise Control (ICC), Forward Collision Warning, Lane Keep Assist dan sebagainya... tetapi harus mengawal dan memantau apa yang dilakukan oleh kereta itu.




Dengan Level 2 autonomous ini, X50 merupakan satu-satu kereta dalam kelasnya yang ada teknologi itu.


Pada hari media preview X50 itu juga, CEO Proton Edar, Roslan Abdullah mengumumkan X50 sudah mendapat sijil keselamatan NCAP lima bintang dan juga sebuah kenderaan cekap tenaga ataupun EEV.


Ini merupakan demo antara ciri-ciri ADAS yang diharap dapat membantu mengelakkan kemalangan akibat kecuaian manusia.


Fungsi melakukan brek secara automatik yang ada pada ADAS jika berlaku kecemasan adalah ibarat airbag dalam kereta anda.


Anda sudah pasti tak ingin untuk melihat airbag pada kereta anda diaktifkan.


Justeru, ciri-ciri seperti bantuan untuk melakukan brek kecemasan secara automatik yang ada pada X50 ini juga tidak harus digunakan sewenang-wenangnya.



Saksikan video demo bagaimana Proton X50 melakukan parkir secara automatik, tanpa pemandu mengawal stereng, menekan minyak ataupun brek.

Teknologi ini sudah lama wujud tetapi ini merupakan kali pertama kami melihat ia ada pada sebuah jenama Proton, selepas X70.


Selain itu, Proton menunjukkan demo brek kecemasan secara automatik untuk elak pelanggaran di hadapan dan juga amaran pelanggaran yang mampu dilakukan ADAS untuk mengurang kemalangan akibat kecuaian manusia.


Banyak sensor atau pengesan yang digunakan pada X50 ni, bayangkan kalau nak gantikan alat-alat yang rosak ni nanti, berapa agaknya harganya. 






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu