BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 2 Oktober 2020

The Masked Singer Malaysia : Selepas Nasi Lemak, identiti Rimau pula didedahkan

 


Selepas penyingkiran tokoh sukan hoki, Datuk Mirnawan Nawawi yang merupakan penyanyi disebalik topeng Nasi Lemak dalam The Masked Singer Malaysia (TMSM), kini tiba giliran Rimau pula mendedahkan identitinya akibat tersingkir dalam program tersebut.

Rimau terpaksa akur apabila mendapat 69% markah daripada juri dan meletakkannya di tangga tiga terbawah bersama ABC dan Musang King.


Penyingkiran Rimau telah mendedahkan bahawa pelakon dan pengarah drama TV, Ebby Saiful merupakan penyanyi misteri itu.

Pada minggu kedua, Ebby telah mendendangkan lagu 'I Want You To Love Me' nyanyian asal oleh Alif Satar.

Ebby begitu dikenali menerusi filem-filem hebat di sekitar tahun 80-an dan 90-an seperti Ali Setan, Marah-Marah Sayang, Hantu Siang, Suara Kekasih dan Sumpahan Mahsuri.

Program TMSM dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin dan ramai lagi.

TMSM yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersiaran di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).

Siapa pula yang akan mendedahkan identiti mereka, sama-sama kita saksikan The Masked Singer Malaysia setiap Jumaat, jam 9 malam.

Bye bye Rimau!


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu