BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 23 November 2020

5 Fakta Menarik Mengenai Top Glove


Top Glove merupakan syarikat Malaysia yang hebat dan terkenal di seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 1991.


Berikut lima fakta menarik mengenai Top Glove.


1. Top Glove membuat 90 bilion sarung tangan setiap tahun.


2. Top Glove mempunyai 21,000 kakitangan, 47 kilang, 750 tertib pengeluaran dan mengeksport produk mereka ke 195 negara.


3. Pada Mac 2020, Top Glove mencatat pendapatan sebanyak RM2.4 bilion.


4. Berakhir Ogos 2020, Top Glove catat keuntungan luar biasa dengan peningkatan lebih 1,500 peratus kepada RM1.33 bilion, berbanding RM74.01 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.


Permintaan tinggi sarung tangan getah akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia menjadikan Top Glove antara penyumbang terbesar produk itu.


5. Top Glove turut mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman dan Brazil.


Sumber: Top Glove, The Edge



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu