Berdasarkan laporan Forbes, Charli D’Amelio mendapat RM16.3 juta (AS$4 juta) setahun hasil daripada popularitinya menari di TikTok.
Charli baru saja diumumkan sebagai superstar TikTok pertama yang mendapat 100 juta followers di platform itu.
BACA: CHARLI D'AMELIO SUPERSTAR TIKTOK PERTAMA CAPAI 100 JUTA FOLLOWERS
Ada khabar angin yang menyatakan dia mendapat hampir RM409,000 bagi setiap video TikTok yang dimuat naik.
Lain-lain pendapatnya adalah daripada kempen, barangan dan aktiviti lain di luar platform TikTok.
Seorang lagi superstar TikTok, Addison Rae lebih hebat dengan nilai pendapat sebanyak RM20.4 juta.
Setiap pos berbayar untuk Addison bernilai RM59,000, selain profilnya yang hebat di TikTok membolehkannya mendapat banyak kempen dan penajaan di luar platform itu.
Tapi tak lama lagi, Charli dijangka dapat mengambil alih takhta yang dipegang Addison.
Siapa lagi best, Addison atau Charli?
Carta superstar TikTok terkaya:
1 Addison Rae - RM20.4 juta
2 Charli D’Amelio - RM16.3 juta
3 Dixie D’Amelio - RM11.8 juta
4 Loren Gray - RM10.6 juta
5 Josh Richards - RM6.1 juta
Jadi kalau ada yang kata buang masa je kau menari dekat TikTok, tunjukkan mereka artikel ini.
Sumber: Forbes
Cover photo: Instagram/@charlidamelio