BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 19 November 2020

Kota Venice hampir 'musnah' gara-gara Pink Floyd


Venice diketahui sebagai sebuah bandar purba yang sarat dengan sejarah dan pada masa yang sama, sangat rapuh. Ini kerana struktur binaan di kota tersebut sebahagian besarnya berusia lebih daripada ribuan tahun.

Entah kenapa, pada suatu ketika di tahun 1989, bandar itu menganjurkan satu konsert percuma yang akan bersiaran di lebih 12 negara. Pihak majlis perbandarannya menyatakan bahawa penganjuran acara itu sebagai manifestasi hasrat mereka bahawa Venice 'perlu dibuka kepada trend baharu, termasuk muzik rock'.

Konsert tersebut bukanlah menampilkan calang-calang pemuzik, tetapi kumpulan rock legenda dari Britain, Pink Floyd yang peminatnya ada berjuta di seluruh dunia. Bayangkan keadaannya, dan biar saya ceritakan butirannya.

Walaupun bandar itu bakal menempatkan sebuah konsert oleh nama besar dalam dunia muzik, tidak kurang juga para penduduk yang menyuarakan kebimbangan tentang getaran yang akan dihasilkan daripada bunyi kuat muzik nanti akan menjejaskan monumen-monumen purba di bandar itu. 

Mengambil contoh menara jam Venice yang siap dibina pada tahun 1499, sementara pembinaan menara loceng Basilika St. Mark bermula pada kurun kesembilan. Ini semua bagaikan orang yang tersangat tua yang menanti rebah bila-bila masa, apatah lagi apabila dikenakan daya ke atasnya.

Dataran kota itu pula hanya mampu memuatkan sekitar 7,450 orang pada satu-satu masa, nyata tidak cukup untuk menampung para peminat Pink Floyd yang ramai. Jadi, ahlinya yang dikepalai oleh David Gilmour (selepas Roger Waters mengundurkan diri) bertimbang rasa untuk menurunkan kekuatan bunyi persembahan mereka daripada kebiasaan 100 desibel kepada 60, serata mendirikan pentas dari sebuah tongkang terapung 200 ela dari dataran tersebut. 

Tatkala berlangsungnya konsert pada 15 Julai, dianggarkan 200,000 orang membanjiri seluruh bandar itu, lebih berganda-ganda daripada jumlah populasinya yang hanya sekitar 60,000 orang. Sepertimana yang boleh dibayangkan, konsert itu meninggalkan sekitar 300 tan sampah dan 500 meter padu tin dan botol kosong. 

Oleh kerana tiada langsung tandas bergerak disediakan untuk khalayak yang begitu ramai itu, orang ramai melepaskan buangan mereka bersepah-sepah, pada monumen, dinding-dinding kota dan ke terusan air yang menjadi laluan utama gondola. Mujur hadirin konsert tersebut boleh dikatakan cukup bertamadun kerana tiada monumen lama yang mengalami kerosakan besar, cuma lantai marmar di sekitar kota yang terjejas.

Begitupun, ia tidak dapat mengelak para penduduknya daripada marah yang amat sangat apabila melihat kota kelahiran mereka bertukar menjadi jamban. Sebelum minggu itu berakhir, seluruh anggota majlis perbandaran Venice termasuk datuk bandarnya, Antonio Casellati meletakkan jawatan.

Pink Floyd punya pasal, terserlah 'The Dark Side of The Venice City Council'.


*Sumber: Instagram History Feels


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu