BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 November 2020

Mana datang terma OK?


Rasanya tak perlu dijelaskan apa maksud OK. Semua orang tahu, ia adalah sejenis ungkapan yang memberi makna positif dan baik. OK, okay, dan sampai hari ini sudah semakin disingkatkan menjadi 'K' sahaja. 

Ketika di usia kecil kita mendengar orang yang lebih dewasa menggunakannya, dan kita pun belajar menggunakannya, tetapi tidak pernah diceritakan apa maksudnya. Dari mana berakar terma ini sebenarnya?

Terdapat banyak penjelasan tentang asal usulnya berdasarkan bermacam-macam latar belakang. Etimologi yang menjadi rujukan paling boleh dipercayai adalah siri enam artikel yang diterbitkan oleh Allan Walker Read berjudul American Speech pada 1963 dan 1964. Read merupakan orang yang membuat kajian mendalam tentang sejarah terma OK.

Menurut Read, ia berakar pada tahun 1830-an di Boston, Amerika Syarikat di mana mereka suka menggunakan singkatan kepada banyak terma seperti OFM untuk 'our first men', NG untuk 'no go', GT untuk 'gone to Texas' dan SP untuk 'small potatoes'. Kebanyakan ekspresi singkatan ini adalah daripada perkataan yang sengaja disalah eja, sebagai bahan humor ketika itu.

Dipercayai, ia pertama kali digunakan secara umum apabila akhbar Boston Morning Post pada 23 Mac 1894 menerbitkan satu artikel lawak mengenai sebuah pertubuhan satira dipanggil 'Anti-Bell-Ringing Society'. Artikel tersebut menulis tentang humor penggunaan tatabahasa yang betul, dan antara perkataan yang ditekankan adalah OK yang membawa maksud 'oll korrect' (all correct).



OK menjadi popular apabila pada tahun berikutnya, presiden kelapan AS, Martin Van Buren menggunakan terma itu dalam kempen pilihan raya presiden 1840. Pada masa sama, memandangkan Van Buren berasal dari Kinderhook, New York, penyokongnya menggelarkannya 'Old Kinderhook' - yang disingkatkan menjadi OK, dan mereka mencipta slogan 'Vote for OK' yang digunakan secara meluas ke serata negara.

Walaupun dengan mengaitkan 'Oll Korrect' dengan 'Old Kinderhook' dalam kempennya, Van Buren kalah dalam pilihan raya tersebut yang menyaksikan William Henry Harrison dinagkat sebagai Presiden AS kesembilan pada 1841. Begitupun, terma itu terus digunapakai dan kekal relevan sehingga hari ini.

Ini adalah teori yang diterima umum oleh para ilmuan. Sebenarnya banyak lagi, sekurang-kurangnya 30 teori asal usul terma OK yang menjelaskan pelbagai latar belakangnya yang berkait dengan dongeng rakyat dan bahasa purba masyarakat setempat.

OK?


*Sumber: Wikipedia, Lexico, Mocomi


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu