BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 10 November 2020

Masalah tidur? Cuba letak bawang putih bawah bantal


Ya benar tuan-tuan dan puan-puan. Selain daripada menjadi bahan utama dalam sebarang acara tumis-menumis, bawang putih juga ada manfaatnya bila diletak di bawah bantal ketika tidur.

Pertama, bawang putih itu dapat memperbaiki pernafasan anda. Ia mengandungi sejenis bahan kimia bernama allicin, yang bertanggungjawab kepada bau mulut dan ketiak anda yang garing itu, tetapi allcin juga adalah bertindak menentang sebagai antikulat dan jangkitan bakteria.

Bawang putih juga dapat membantu melancarkan saluran pernafasan yang tersumbat kerana selsema atau perubahan cuaca, mengurangkan dengkuran sekaligus memberikan tidur yang lebih berkualiti. Caranya, tumbuk 3-4 ulas bawang putih, rebuskan dan sedut wapnya.

Kedua, bawang putih dapat menghalau nyamuk dan serangga lain. Ia adalah sejenis tumbuhan yang berfungsi sebagai toksik yang kuat buat para serangga. Maka meletakkan ulasan bawang putih yang ditumbuk di bawah bantal anda dapat menhindarkan anda diganggu nyamuk dan digigit lelabah.

Kalau nak elak serangga makan tumbuhan kita, air bawang putih dapat membantu.

Ketiga, bawang putih miliki ciri-ciri penenang. Ia telah digunakan sejak zaman purba dahulu untuk memudahkan dan menyenyakkan tidur. Ciri-ciri antioksidan dan antimikrobial dapat membantu bendalir badan dan organ terutamanya jantung dan otak kekal sihat dan kurang risiko dijangkiti. 

Bawang putih juga tinggi kandungan magnesium dan potassium, yang bertindak sebagai pemangki penghasilan sejenis bahan kimia dipanggil GABA. GABA memberi isyarat kepada badan supaya bertenang dan proses pemulihan tubuh dapat berlangsung dengan lancar ketika kita tidur.

Keempat, bawang putih adalah anti-bakteria semula jadi. Di atas tadi saya ada cakap, allicin yang menyebabkan bau mulut dan ketiak kita agak perit. Tetapi ketahuilah bahawasanya ia berfungsi sebagai ejen melawan kuman dan virus dalam badan kita. 

Allicin dapat menghalang dua kumpulan enzim yang membenarkan mikrob berjangkit terus hidup dalam tubuh. Berkhasiat dimakan, dan bermanfaat juga walau diletak di bawah bantal.

Alang-alang sudah bekerja dari rumah dan tak ada berjumpa orang sangat, bolehlah anda cuba. Yang tetap masuk pejabat pun boleh juga, tak melekat baunya. Kalau ada orang bau, katalah anda baru lepas balik dari restoran mamak.

Kalau nak halau Dracula tu, tak tahu lah berkesan ke tidak. Dracula tak ada di Malaysia.


*Sumber: Buzz Noble


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu