Tiga tahun lepas, rider mountainbike (MTB) downhill profesional Australia, Remy Morton mengalami kecederaan yang teruk sehingga terpaksa diletakkan dalam keadaan koma untuk pulih daripada kecederaan.
Doktor menggambarkan kecederaan yang dialami Remy sama seperti orang jatuh dari tingkat tiga bangunan pada kelajuan 75 kilometer sejam.
Remy terjatuh semasa beraksi di kejohanan Loosefest 2017 yang menyebabkannya mengalami patah tulang tengkok, tulang pinggul dan kecederaan teruk pada kedua-dua belah paru-parunya.
Remy Morton beraksi semasa rakaman filem Red Bull Sound of Speed di Queenstown, New Zealand. Foto: Red Bull Content Pool |
Namun semangat yang dimiliki Remy membolehkannya pulih dan kembali mengayuh enam bulan selepas bangun dari koma.
Kini, Remy, 22 tahun sudah cukup hebat untuk kembali merakam aksinya di New Zealand.
Rakaman tersebut berlangsung selama 12 jam tanpa sebarang perancangan yang rapi.
Menurut Remy, apa yang penting dia dapat melakukan kayuhan yang laju dan sukar, satu yang jarang dilihat oleh orang ramai.
Remy memang terkenal dengan lompatan yang tinggi dalam sukan MTB downhill dan merupakan peserta favorite dalam UCI Junior World Cup series pada 2015 dan 2016.
Sudah pasti, Remy akan terus menyerlah tahun depan.
Sumber: Red Bull Content Pool, tonton video di sini.