BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 17 Disember 2020

7 Kafe Unik dan Mesra Instagram di Selangor


Budaya cafe hopping atau aktiviti kunjung-mengunjung ke kafe kini semakin popular di Malaysia, lebih-lebih lagi di zaman keagungan media sosial di mana ramai mementingkan gaya hidup  yang mereka paparkan di Instagram, Facebook atau Twitter.


Selain menjadi sesuatu hobi, cafe hopping boleh menjadi medium untuk merapatkan silaturahim atau merupakan aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama satu sama lain di masa lapang.


Banyak kafe-kafe unik di seluruh negara, ada yang moden, ada yang tradisional dan ada juga yang quirky (pelik). Ini TUJUH kafe unik di Selangor yang anda harus melawat.


1. Denali & Pinnacles, Bangi

Foto: Instagram @denali.and.pinnacles

Kafe Denali & Pinnacles di Bangi terletak di tingkat dua atau rooftop bangunan. Anda boleh pilih untuk duduk di luar atau di dalam, namun kami sarankan untuk duduk di luar untuk menikmati pemandangan yang indah terutamanya pada waktu petang.


Kafe yang bertemakan Bohemian, turut dipenuhi dengan perhiasan tekstur warna-warni serta tumbuh-tumbuhan yang semestinya akan membuat anda rasa seperti di luar negara. Makanan yang dihidangkan adalah seperti kambing dan ayam gril, ikan salmon, dan makanan Barat seperti pasta dan burger. 


Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Foto: Instagram @denali.and.pinnacles




2. Backstreet Cafe, Kuala Langat


Foto: @justinyap1989


Kafe hipster ini terletak di Banting, Kuala Langat. Hiasan di dalam kafe ini sangat simple tetapi mempunyai suasana yang begitu menarik dan sesuai untuk menikmati hidangan sambil bergambar atau OOTD. Menunya bukan terletak di dalam menu, sebaliknya tertulis pada dinding menggunakan kapur (old school tetapi kami suka).


Selain itu, kafe Backstreet turut terkenal dengan kopi latte yang mempunyai seni lukisan lain daripada lain, ada unicorn, ada juga kuda laut, tentu cantik untuk perhiasan feed Instagram anda.


Alamat: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri pekan, 42700 Banting, Selangor


Foto: Instagram @back_streetcafe


3. BLOCKCAFE, Gombak

Foto: 8spaces.com.my

BLOCKCAFE di Gombak merupakan kafe yang berkonsepkan minimalist dan moden, sangat sesuai untuk bergambar atau berswafoto bersama kawan-kawan sambil melepak dan menikmati makanan.


Kafe ini menghidangkan makanan Asia dan juga Barat, tetapi apa yang istimewa di sini ialah hidangan ayam penyet yang harus anda cuba jika pergi ke BLOCKCAFE.


Alamat: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor



4. N.16 Cafe, Sabak Bernam


Foto: Instagram @muimui_tan

Gambar itu bukan sekadar bas lama yang tidak berfungsi dan dibiarkan untuk reput, tetapi ia sebenarnya sebuah kafe yang terletak di Sekinchan, Sabak Mernam. 


Walaupun lokasinya sedikit jauh daripada Kuala Lumpur, namun bagi mereka yang suka bergambar dan inginkan pengalaman cafe hopping yang berbeza, inilah tempat yang harus anda kunjungi.


Kafe ini menghidangkan makanan seperti pasta, ayam goreng Korea, pelbagai jenis kek dan minuman seperti kopi dan teh di mana anda dapat minum sambil menikmati pemandangan sawah padi.


Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor


Foto: Instagram @3lainechai


5. The Botanist, Sepang


Foto: Instagram @thebotanistgreencafe

Kafe bertingkat dua ini akan membuat anda rasa seperti di taman botani oleh kerana persekitaran yang dikelilingi kehijauan tumbuh-tumbuhan. 

Ia terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, di mana jika anda seorang yang gemar mengambil gambar, mesti anda akan anggap seluruh kawasan ini sebagai hidden gem, kerana setiap sudut bangunan mempunyai keunikannya tersendiri.


Foto: Instagram @thebotanistgreencafe

Makanan yang dihidangkan di The Botanist pelbagai jenis roti atau pastri buatan sendiri, burger, sandwich, dan pelbagai jenis makanan campuran atau fusion.


Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya


6. The Picnic Table by Simply Sandwiches


Instagram @simplysandwiches


Pernah ingin cuba berkelah tetapi tidak ingin berjemur? Kafe di Damansara ini mampu memberi anda pengalaman berkelah di dalam bangunan, di mana anda boleh menikmati hidangan di atas lantai yang dialas sambil makan di atas meja kayu kecil.


Sudah tentu, kafe ini terkenal dengan menu sandwich yang lazat dan pelbagai jenis, antaranya sandwich bakar keju, sandwich pesto keju, sandwich telur dan makanan lain seperti pasta, ayam goreng dan macam-macam lagi.


Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor


7. Kafe La Fleur X Uniqorn, Subang Jaya


Foto: Instagram @lafleur.cafe

Lihat sahaja kafe ini, anda akan fikir "ah comelnya!". Terletak di hab melepak yang popular, Subang Jaya, kafe 
La Fleur X Uniqorn yang membawa maksud minuman panas X unicorn sesuai bagi mereka yang gemarkan merah jambu. 


Kafe dihiasi dengan dinding, perabot dan patung unicorn berwarna merah jambu, turut menghidangkan wafel, ais krim, pancake dan macam-macam lagi.


Alamat: 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor


Foto: Instagram @lafleur.cafe

Foto: Instagram @denali.and.pinnacles


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu