BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 7 Disember 2020

Berani selam dalam kolam paling dalam dunia?



Orang ramai kini boleh menggunakan sebuah kolam sedalam 45 meter (148 kaki), dengan keluasan 27 kolam bersaiz Olimpik di Mszczonow, Poland akhir bulan lalu.


Kolam yang dikenali sebagai DeepSpot itu memecah rekod kolam paling dalam di dunia yang dipegang Y-40 Deep Joy di Montegrotto Terme, Itali sebelum ini dengan kedalaman 42 meter.




Walaupun aktiviti sukan selam skuba di kolam renang tidak boleh dibandingakan dengan menyelam di lautan sebenar, namun laut tiruan itu dianggap sangat sesuai bagi tujuan latihan.


“Di DeepSpot, tiada permandangan ikan dan terumbu karang yang indah seperti di laut sebenar, oleh itu ia tidak boleh dibandingkan dengan keadaan di laut tetapi ia adalah sesuai untuk berlatih,” kata pelatih selam skuba, Przemyslaw Kacprzak.




Dalam pada itu, aktiviti berkenaan dibenarkan di waktu pandemik disebabkan lokasi itu yang dijadikan khas bagi pusat latihan selam skuba.


Lagun tiruan paling dalam dunia itu kini boleh diakses oleh orang awam dan tak lama lagi akan ada hotel dengan bilik persidangan, restoran yang menawarkan pemandangan dalam kolam sedalam lima meter.



Apa yang membuat DeepSpot lebih menarik ialah kerana ia turut datang dengan torowong dan ciri-ciri yang membuat anda berasa seperti di dalam set filem Tomb Raider.


DeepSpot bagaimanapun tidak akan menjadi kolam paling dalam dunia buat tempoh yang lama, kerana kolam The Blue Abyss iaitu sedalam 50 meter (164 kaki), sedang dibina di Colchester, United Kingdom (UK) dan akan siap dalam tempoh lebih kurang enam bulan.



Sumber foto: Instagram @deepspotpoland

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu