BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 9 Disember 2020

Bung Moktar tak takut jadi yang pertama terima vaksin COVID-19

 


Kalau di Amerika Syarikat, tiga bekas presiden, George Bush, Barack Obama dan Bill Clinton tawar diri untuk jadi yang pertama uji vaksin COVID-19, di Malaysia kita ada 'panglima perang' bersama Bung Moktar.


BACA: TIGA BEKAS PRESIDEN AS TAWAR BUKTIKAN VAKSIN COVID-19 SELAMAT


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kesediaan beliau untuk menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin COVID-19.


Pada masa yang sama, beliau menggelarkan dirinya sebagai 'panglima perang’ bersedia untuk membuktikan keselamatan vaksin itu kepada yang mempertikaikan tahap keselamatan vaksin tersebut.


Kalau ramai yang takut, ambil lah Bung Moktar ni sebagai contoh. Kenapa orang takut? Sebab vaksin ini dihasilkan terlalu cepat berbanding vaksin-vaksin yang terhasil sebelum ini.


BACA: KENAPA RAMAI TAKUT AMBIL VAKSIN COVID-19?

BACA: ANJING BOLEH HIDU PEMBAWA VIRUS COVID-19


Perkara itu dinyatakan Bung semasa membahas Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan, hari ini.


“Saya dengar khabar bahawa vaksin ini sudah ada dan Indonesia sudah memeterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapa Malaysia belum? Kalau ada vaksin ini, keluarkanlah.


Dan kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut. Saya mahu sihat,” kata Bung Moktar.


Pada 27 November, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos vaksin.


Jumlah dos itu bersamaan dengan 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan serta kumpulan rakyat yang berisiko tinggi.


Sebelum itu, pada 22 November, Malaysia bersetuju menyertai Covax Facility iaitu inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan menyaksikan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi negara.



Laporan asal: ASTRO AWANI





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu