BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 Disember 2020

Cahaya matahari boleh ubati kemurungan

Cahaya matahari mempunyai banyak kebaikan, tetapi tahukan anda bahawa ia turut boleh mengubati gejala kemurungan?


Kandungan vitamin D yang ada pada sinaran mentari di waktu siang dibuktikan mampu memperbaiki mood dengan meningkatkan penghasilan hormon serotonin.


Serotonin merupakan sejenis hormon gembira yang dikaitkan dengan mood bertenang and fokus. Berbeza dengan hormon melatonin, hormon yang dihasilkan pada waktu malam yang membantu anda tidur.


Apabila kurang pendedahan cahaya matahari, tahap serotonin akan rendah. Kekurangan hormon itu pernah dikaitkan dengan masalah kemurungan khususnya apabila berlaku perubahan musim.


Ini adalah kerana apabila terdedah kepada cahaya matahari, retina pada mata akan mencetuskan penghasilan serotonin di dalam otak, sekali gus menyebabkan mood anda lebih baik.


Itu sebabnya lebih ramai akan berasa murung ketika musim sejuk di mana waktu siang lebih terhad berbanding musim panas.


Oleh itu, jangan takut sangat terdedah kepada cahaya matahari seolah-olah puteri lilin, pendedahan itu mungkin boleh dijadikan ubat pada hari yang malap.


Tapi jangan pula berjemur berjam-jam di tengah hari ya!



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu