Berakhirlah satu lagi era, penerbitan majalah katalog Ikea.
Katalog Ikea merupakan satu ikon bagi syarikat perabot dan barangan kelengkapan rumah itu.
Namun Ikea yang menuju ke arah pendigitalan syarikat selain penurunan permintaan majalah itu menyebabkan Ikea terpaksa menamatkan penerbitan katalog itu.
Muka depan katalog pertama Ikea yang diterbitkan pada 1951. Foto: home-designing.com |
Katalog Ikea menjadi rujukan pakar dalam bidang reka bentuk dalaman mahupun orang biasa kerana dihiasi dengan gambar cadangan interior design yang cantik dan menarik untuk dijadikan ikutan.
Pandemik memaksa Ikea mempercepatkan pendigitalan syarikat itu dan ia terbukti lebih menguntungkan apabila strategi mengukuhkan penjualan produk mereka dalam talian menyaksikan peningkatan jualan sehingga 45 peratus pada tahun ini.
Bukan setakat itu, lebih empat bilion orang berkunjung ke laman web utama Ikea pada tahun ini, yang menyebabkan pembatalan penerbitan katalog bercetak untuk tahun yang berikutnya.
Katalog yang baru diterbitkan untuk 2021 merupakan yang terakhir, sekali gus menamatkan 70 tahun penerbitannya dalam 32 bahasa.
Pada 2016, 200 juta salinan katalog Ikea dicetak dalam 69 versi dan diedarkan ke lebih 50 pasaran dunia.
Penerbitan katalog Ikea di Malaysia bermula 24 tahun lalu.
Cover photo: Katalog ikea yang pertama pada 1951 (kiri) dan 2021.