Kalau sebut Jerman saja, kita selalu dengar bandar Munich dan Berlin.
Jadi dekat sini kita share sikit mengenai bandar Leipzig.
Bandar Leipzig di Jerman popular sebagai pusat seni dengan muzik klasikal dan genre moden yang agak dark serta pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan pada 2009, RB Leipzig.
Leipzig adalah rumah kepada University of Music and Theatre 'Felix Mendelssohn Bartholdy'.
Ia juga bandar kedua paling padat di Jerman dengan 600,000 orang penduduk (pada 2019) dan terletak 160 kilometer barat daya dari Berlin.
Ahli falsafah dan matematik, Gottfried Wilhelm Leibniz merupakan salah orang tempatan yang popular, yang merupakan pelajar universiti dari 1661-1666.
Di Leipzig juga lokasi kilang pemasangan BMW dan Porsche.
Pemandangan stesen kereta api di Leipzig. Foto: Webster - Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=13291 |
Dalam sukan, RB Leipzig baru saja ditubuhkan pada 2009, tapi sangat cemerlang di peringkat domestik dan Eropah, terima kasih kepada program pembangunan yang cemerlang yang dirancang pemilik mereka, minuman tenaga Red Bull.
Pada 2016, RB Leipzig berjaya mendapatkan tempat di liga utama Jerman, Bundesliga dan muncul naib juara pada musim 2016/17.
Dua kali berturut-turut RB Leipzig berjaya ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas mengalahkan bekas juara 2008, Manchester United.
Musim lepas, RB Leipzig mara sehingga ke separuh akhir UCL tapi kalah kepada Paris Saint Germain.
RB Leipzig meraikan kejayaan gol ketiga ke atas Manchester United pada 7 Disember. Foto: Twitter/@championsleague |
Tapi bukan bola sepak yang menaikkan nama Leipzig ini tapi sukan bola baling.
Pada sekitar 50an dan 60an, SC DHfK Leipzig merupakan juara liga bola baling Jerman Timur lelaki selama enam tahun berturut-turut.
Skuad bola baling wanita Leipzig juga tak kurang hebatnya dan merupakan pasukan paling berjaya di Jerman dengan 20 kejuaraan tempatan sejak 1956 dan tiga gelaran Champions League.
Jadi ini Leipzig.
Cover photo: By Frank Vincentz - Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=65082779