Tamat saja pandemik ni, boleh lah cuba naik roller coaster atas Kapal Persiaran Mardi Gras, kapal pertama yang dilengkapi fasiliti itu di dunia.
Kapal terbesar yang dimiliki Carnival Cruise Line, “Fun Ship” itu dibina dengan kapasiti untuk menampung sehingga 6,500 penumpang.
Walaupun ia sudah bersedia untuk berlayar, namun orang ramai harus tunggu pandemik berakhir sebelum boleh menjejakinya.
Carnival merancang untuk melancarkan Fun Ship pada April 2021 untuk berlayar di lautan Caribbean, namun belum mendapat kebenaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Selain roller coaster, kapal bernilai AS$905 juta (RM3.85 bilion) dan seberat 180,000 tan itu turut menawarkan fasiliti seperti panggung wayang, gelongsor air, zip line, dan kereta Fiat 1972 yang dipamerkan di kawasan terbuka, sesuai untuk ambil gambar Instagram.
Sementara itu, Mardi Gras turut beroperasi menggunakan cecair gas asli yang mengurangkan kesan perlepasan karbon sebanyak 20 peratus berbanding diesel marin.
Jangan risau kerana kapal itu turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pintu gelas di tandas setiap kabin, tab panas (hot tub) peribadi, khas untuk pelanggan Excel Suites dan akses kepada dek matahari dengan kabana.
Sumber foto: Carnival