BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 11 Disember 2020

Kisah cinta monogami kuda laut yang setia



Kuda laut merupakan hidupan marin yang unik.


Bentuknya sama seperti kuda di darat tanpa kaki, bersaiz kecil seperti ikan, dan yang paling penting, spesis hippocampus itu suka pilih satu pasangan sehingga mati.


Ia hidup secara monogami dan melakukan aktiviti “romantik” seperti berenang bersama-sama dua kali sehari, setiap hari.


Namun, seindah-indah kisah cinta itu, kesetiaan seekor kuda laut sebenarnya bukan kerana emosi tetapi perbuatan membiak dengan hanya satu pasangan mampu membantu mengekalkan jumlah spesis dalam ekosistem.


Kenapa kuda laut hidup secara monogami?


Bukan semua daripada sejumlah 35 spesis kuda laut memilih untuk hidup secara monogami, malah ada juga spesis seperti H. abdominalis (kuda laut perut besar) dan H. breviceps (kuda laut berbenjol) yang membiak secara berkumpulan.


Namun lebih banyak spesis kuda laut pilih untuk bersama satu pasangan sekurang-kurangnya sehingga musim mengawan berakhir.


Ini adalah kerana pembiakan dengan satu pasangan menyebabkan kedua-dua ikan itu berasa selesa dengan satu sama lain yang menyumbang kepada kadar pembiakan yang lebih berkesan.


Pasangan kuda laut yang monogami juga akan meluangkan banyak masa dengan membiak tanpa tempoh yang lama di antara pembiakan.


Juga, kuda laut setia kepada pasangan kerana faktor ekologi yang menyebabkan ia susah bagi spesis itu untuk memilih lebih ramai pasangan kerana sifat ikan itu yang ringan dan sering dibawa arus.


Apabila bersama dengan pasangan, kedua-dua haiwan kecil itu akan lebih teguh sambil bersama-sama mengekalkan spesis itu agar tidak pupus.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu