BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 1 Disember 2020

Manusia zaman kuno mungkin pupus akibat perubahan iklim



Sejarah kewujudan dan cara kehidupan spesies manusia zaman kuno rajin dibincangkan ahli arkeologi dan saintis demi mempelajari sains dan evolusi manusia.


Dapatan terbaharu mencadangkan bahawa spesies manusia zaman dahulu mungkin pupus disebabkan kesan perubahan iklim yang ekstrem.


BACA: SATU HARI BUMI AKAN DITELAN MATAHARI


Setahu kami, manusia adalah spesies yang pintar dan mempunyai akal untuk meneruskan survival di sebalik iklim yang ekstrem, contohnya menjahit pakaian sejuk atau menyalakan api untuk memanaskan badan di musim sejuk.


Jadi siapa sangka perubahan iklim boleh menyebabkan spesies sehebat manusia pupus di muka bumi? Ini penjelasannya.


Macam mana perubahan iklim menyebabkan manusia pupus?



Pasquale Raia dari Universiti Naples Federico II di Itali telah mengkaji kesan perubahan iklim terhadap kepupusan enam spesies manusia termasuk spesies Homo habilis, Homo ergaster, Homo erectus, Homo heidelbergensis, Homo neanderthalensis dan juga Homo sapien (spesis kita).


BACA: LETUSAN GUNUNG BERAPI YANG BAKAL MEMUSNAHKAN MANUSIA


Saintis meggunakan data kesemua spesies itu dan membandingkannya dengan data iklim untuk tempoh 5 juta tahun yang lalu bagi mengetahui iklim paling sesuai bagi kehidupan setiap spesies atau ‘niche climate’ termasuk suhu dan kerpasan yang optimum, dan keluasan kawasan niche climate.


Kajian itu mendapati spesis H. erectus, H. heidelbergensis dan H. neanderthalensis telah kehilangan sebahagian besar kawasan niche climate sebelum kepupusan spesies.


Apa yang menyebabkan kehilangan climate niche?


Jawapannya ialah perubahan iklim yang berlaku secara tiba-tiba, sebagai contoh spesis H. erectus telah pupus pada saat-saat terakhir zaman glasier, zaman paling sejuk dalam sejarah bumi iaitu sekitar 115,000 tahun yang lalu. 



Bagaimanapun perubahan iklim bukan satu-satunya faktor kepupusan manusia zaman kuno, malah kepupusan  sesuatu spesies sering berlaku kerana penggabungan beberapa faktor, sebagai contoh kepupusan Neanderthal adalah kerana persaingan dengan H. sapien.


Walaupun tiada data yang mencukupi untuk mengesahkan hipotesis ini secara 100 peratus, namun hasil kajian ini mampu dijadikan satu peringatan tentang betapa pentingnya mengelak pemanasan global untuk memastikan manusia tidak pupus dan terus hidup dalam iklim yang sesuai untuk spesies itu.


Jadi setiap langkah, walaupun kecil seperti menutup suis semasa tidak diguna atau mengasingkan sampah kertas dari sampah plastik, anda mampu mengubah nasib semua spesies di planet bumi ini.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu