BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 14 Disember 2020

Rupanya ada Starbucks dalam ibu pejabat CIA



Percaya atau tidak, dalam ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Washington ada sebuah Starbucks untuk kakitangannya mendapatkan kopi.


Orang ramai gelarkannya Stealthy Starbucks atau Store Number 1 di mana nama pelanggan tidak ditulis pada cawan kopi yang dipesan.


Nak jadi barista dekat situ pun kena melalui pelbagai temubual yang dirahsiakan seperti nak dapat kerja sebagai ejen agensi risikan itu.


Lokasinya rahsia, nampak seperti kedai Starbucks biasa namun terletak di dalam ibu pejabat CIA di Langley, Virginia.


Kopi atau kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi adalah amat penting kepada ejen-ejen CIA kerana mereka perlu sentiasa peka dalam mengendali tugas-tugas rahsia melibatkan negara itu.


Walaupun terletak di dalam ibu pejabat CIA, ramai yang menyatakan Starbucks itu adalah yang paling sibuk di Amerika Syarikat.


Kakitangan CIA sentiasa pergi ke kedai kopi kerana mereka jarang meninggalkan pejabat mereka yang mempunyai akses yang terlalu ketat, selain tidak mempunyai tingkap untuk menikmati pemandangan luar.


Malang buat orang yang kerap beli kopi di Starbucks CIA kerana mereka tak boleh kutip mata ganjaran seperti yang boleh dibuat di Starbucks lain.


Ini bagi mengelak data kakitangan atau ejen perisikan dikutip dan disimpan pada tempat yang tidak sepatutnya.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu