BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 12 September 2019

Apple iPhone 11, 11 Pro & 11 Pro Max: Apa yang baharu?

Apple memperkenalkan barisan iPhone yang diberi nafas baharu dalam acara gilang gemilang tahunannya pada 10 September.

Sekali pandang pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max, tak banyak benda baharu dari segi rupa bentuk juga perisiannya. Cuma ‘upgrade’ sedikit itu ini, macam biasa lah.

Sebagai antara telefon pintar yang paling masyhur, iPhone berdepan cabaran dalam pasaran. Jualannya merudum 12 peratus pada suku ketiga fiskal dan semakin ramai pengguna iPhone beralih arah ke Android, telefon pindat Apple perlu cukup padu untuk memperbaiki kedudukannya.

Jadi kali ini Apple mempertaruhkan keupayaan kameranya yang telah ditambah baik. iPhone 11 masih dilengkapi dua lensa seperti siri sebelumnya iPhone X, tetapi iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max ada tiga lensa. 

Beza kamera antara iPhone 11 dengan iPhone 11 Pro. Sumber gambar dari laman web Apple.my



ULTRA WIDE CAMERA
WIDE CAMERA
TELEPHOTO CAMERA


13mm focal length
Æ’/2.4 aperture
5-element lens
120° field of view
4x more scene
12MP sensor



26mm focal length
Æ’/1.8 aperture
6-element lens
Optical image stabilisation
100% Focus Pixels
New 12MP sensor



52mm focal length
Larger Æ’/2.0 aperture
6-element lens
Optical image stabilisation
2x optical zoom
12MP sensor


Kamera ‘ultra wide’, ‘wide’ dan telefoto ‘dijanjikan’ dapat mengetik imej dari ‘field of view’ yang lebih luas, selain keupayaan menangkap gambar lebih baik dalam keadaan pencahayaan yang sangat malap.


Jangan risau ambil gambar dalam gelap dengan 'Night Mode'. Foto: Apple.my

Cuma iPhone 11 Pro dan Pro Max yang memiliki ketiga-tiga kamera tersebut, sementara iPhone 11 cuma tiada kamera telefoto. Selainnya, hampir semuanya hampir sama.

Kamera depan juga sudah makin canggih. Kamera 12 megapixel dengan teknologi TrueDepth membolehkan anda bukan setakat ‘selfie’ pada kualiti lebih baik, tetapi juga boleh merakam video perlahan atau mereka panggil ‘slofie' (slow-motion + selfie) pada 120 fps. 

Sudah pasti dengan lensa baharu dan canggih ini juga mampu untuk video berkualiti tinggi 4K dan menyuntingnya dengan lebih mudah. Boleh bikin filem sendiri lah katanya.

'Feature' baharu ini mungkin akan disukai oleh para pembikin filem amatur. Foto: Apple.my

Selain itu, biasalah, beberapa penambah baikan tahunan seperti bateri yang katanya tahan lebih lama, pemprosesan lebih laju dengan Apple A13 Bionic, paparan lebih jelas dan ‘detail’ dengan OLED Super Retina XDR, tahan air IP68, keupayaan dual-sim dan ‘wireless charging’.

Harga? iPhone 11 dijangka dijual pada harga RM3,399 (64GB), RM3,599 (128GB) dan RM4,099 (256GB) dengan enam varian warna iaitu Putih, Hitam, Hijau, Kuning, Ungu dan (Product) Red iaitu merah.

Sementara iPhone 11 Pro berharga RM4,899 (64GB), RM5,599 (256GB) dan RM6,499 (512GB). Para pelanggan yang mahu memiliki iPhone 11 Pro Max siap sedia untuk membayar RM5,299 (64GB), RM5,999 (256GB) dan RM6,899 (512GB). Kedua-dua model hadir dalam warna Space Gray, Silver, Midnight Green dan Gold.

27 September ini sampailah iPhone baharu ke Malaysia.








Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu