Sembang diteruskan dengan pasangan seterusnya, Kucaimars dan wakil seberang, Dinda Permata.
Tu dia, dengar nama pun ‘fuh!’. Nama penuhnya Dinda Permata Suci, asal dari Medan. Gadis comel, kening lebat, suka senyum dan ketawa.
Dinda adalah artis Nagaswara, sama dengan Wali Band dan Siti Badriah lagu ‘Emang Lagi Syantik’. Rupanya pernah ada satu ‘girl group’ namanya Lima Bidadari, tetapi jodoh tak panjang. Kemudian gadis suku Batak ini bagi satu ‘punch-line’. ‘Fuh’ lagi.
Kucaimars pun kuat gelak juga. Tapi bila bercerita pasal Manchester United, dia nampak serius dalam senyuman itu. Aktif bersukan, sebulan sekurang-kurangnya sekali main futsal. Bagus. Kekal cergas.
Waghih mudo Somban (Seremban) Nismilan (Negeri Sembilan) ini pun ada band juga masa zaman Diploma Seni Persembahan UiTM, dia lah vokalisnya. Sama juga jodoh tak panjang, masing-masing terpisah selepas tamat pengajian.
Kucai terarah ke genre muzik macam Coldplay dan Noah, pop alternatif. Dinda pula suka dangdut, katanya selalu nyanyi lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
See, kenapa bila 'part' bola sepak mesti kita gaduh? Jangan lah, kita kan saudara serumpun.
Ramai kata sukan menyatukan, tapi bagi saya ia cuma memperlihatkan sekelompok manusia bersatu untuk mengatasi/menentang kumpulan manusia lain.
Muzik sebenarnya medium penyatu paling berkesan, tidak membezakan warna kulit, fahaman politik dan wang.
Maka dengan itu, terimalah buah tangan dari Dinda, Kanda dan Burung Pun Turut Menyanyi *(ini lirik lagu Seiring Sejalan nyanyian Sharifah Aini & Broery Marantika. Lagu lama, dik)
- Israr Khalid