BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 9 September 2019

Bocor! Ini Nilai Yang Dibayar Nike Kepada Ronaldo



 
Sejak 2003, Cristiano Ronaldo sudah menjadi wajah Nike dan jalinan kerjasama jangka panjang antara kedua-duanya telah dilanjutkan pada 2016. 

Kini, telah bocor maklumat tentang berapakah nilai perjanjian Nike-CR7 yang dimeterai. 

Menurut Footy Headlines, maklumat datang dari badan berita mingguan Jerman, SPIEGEL, yang telah menerbitkan beberapa kandungan pendek daripada buku “Football Leaks 2 - New Revelations from the World of Professional Football”. 

Cristiano Ronaldo dengan boot terbaru daripada Nike. - Foto Instagram/@cristiano 

Ronaldo diketahui menerima bayaran 162 juta Euro untuk 10 tahun (16 juta Euro setahun) daripada Nike sebagai rakan pemasarannya, sah dari September 2016 hingga pertengahan 2026. 

Ini dipercayai berdasarkan draf kontrak antara Nike dan Polaris Sports yang berpangkalan di Dublin, yang memegang hak pemasaran global bagi kapten Portugal itu. 

Bermaksud dalam duit Malaysia, dia menerima hampir 75 juta Ringgit setahun! 

Namun ia tidak terhad pada nilai 16 juta Euro setahun itu sahaja. Kalau Ronaldo menang anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA, maka dia akan menerima tambahan empat juta setahun daripada Nike. 

Bagaimanapun permohonan untuk sebuah kenyataan rasmi berhubung kebocoran maklumat itu tidak mendapat sebarang respon daripada Polaris Sports. 

Konsultan Ronaldo, Jorge Mendes dan agensinya Gestifute juga tidak beri apa-apa komen. 

Nike pula menyatakan: “Kami tak beri komen tentang kontrak dengan atlet.” 

Betul lah tu agaknya… 

Baca berita itu di Footy Headlines

Foto: goal.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu