Ya, kenapa ada beberapa pemain bola sepak profesional dilihat pada bahagian tumit but mereka ada lubang?
Ia mula-mula kelihatan pada but Philippe Coutinho ketika dia masih beraksi bersama Liverpool, kemudian menyusul ramai lagi pemain yang berbuat demikian.
Tulis panjang-panjang pun penat tak semua orang mahu baca, ini ada satu video dihasilkan pakar but bola sepak dari Croatia dengan nama Instagramnya @football_boots4 yang menjelaskan kenapa dan bagaimana untuk membuat sendiri lubang pada but anda.
“Saya ada sakit yang teramat sangat pada tulang tumit saya, jadi saya putuskan mahu teroka sedikit. Saya boleh simpulkan bahawa saya mengalami deformiti Haglund/Haglund’s deformity (siapa tak tau sila Google).
“But bola sepak yang ada di pasaran terlalu ketat untuk saya di bahagian tumit dan saya akan selalu sakit apabila memakainya. Saiz UK10 terlalu besar untuk saya, tapi UK9.5 pula sempit. Tak mahulah pakai UK10 sebab ia akan menyebabkan ibu jari kaki saya melecet, merembat pun tak berapa sedap.
“Dengan saiz UK9.5 dan lubang pada bahagian tumit, baru ‘ngam’ dengan kaki saya,” katanya.
Jadi dia menyarankan kepada sesiapa yang mengalami masalah sama sepertinya, bolehlah berbuat demikian. Memang sakit untuk ‘rosakkan’ but baharu, tapi cara ini dapat elakkan anda daripada sakit yang lebih perit.
Tapi dah buat lubang tu memang hilang ‘warranty’ lah ya.
Selamat mencuba!

Instagram @football_boots4 ceritakan cara selesaikan masalah boot tak ngam di bahagian belakang tumit anda. |