BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 10 September 2019

Jangan Ketepikan Bola Sepak Wanita




Subjek sukan tidak boleh lagi dijadikan sampingan dalam pembentukan pelajar di sekolah.

Sebab apa? Tak semua orang dilahirkan bijak mengira atau menghafal fakta. Tuhan jadikan manusia ini pelbagai bentuk dan sifat yang perlu dimanfaatkan dalam setiap bidang, baik lelaki mahupun perempuan.

Saya sempat mengikuti program Back To School anjuran Adidas di SMK Seksyen 11, Shah Alam yang menjemput ‘Creator’ mereka iaitu pertahanan KLFA, Irfan Zakaria dan kapten pasukan futsal Selangor, Steffi Sidhu.

Tetapi klinik kali ini lain macam, semua pesertanya pakai gadis bertudung.

Group photo pemain bola berhijab bersama Irfan Zakaria dan Steffi Sidhu. - Foto AdidasMY


Mereka adalah ‘footballer’ perempuan bawah 17 tahun dan bukan calang-calang, separuh daripada mereka pernah mewakili negara ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Irfan dan Steffi berkongsi pengalaman dan membimbing sesi latihan yang dikendalikan oleh penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, M. Balachandran.

Untung budak-budak ini. Memang untung, dan Steffi mengakui dia pun ‘jealous’ dengan macam-macam peluang yang dapat dinikmati pelajar hari ini. 

Ya lah, zaman dia bersekolah dahulu memang tiada kokurikulum untuk pelajar perempuan bermain bola sepak, jarang sekali nak dapat Adidas atau jenama besar lain datang buat klinik di sekolah.

Hebat menggelecek dan mengawal bola budak-budak ni. -  - Foto AdidasMY

Namun dalam ketiadaan macam-macam peluang untuk mengetengah dan mengasah bakat pada ketika dahulu, Steffi berjaya menjadikan minatnya dalam bola sepak sebagai karier, di samping kerja pejabatnya.

Ya, semua tahu sukan bola sepak di Malaysia ini belum tahap profesional, walaupun negara sudah ada menara berkembar. 

Pemain bola sepak perempuan pula bayarannya tak sama dengan nilai yang diterima pemain lelaki.

Sebab itulah ibu bapa tak mahu anak mereka terutamanya perempuan asyik sibuk bersukan di sekolah, kena fokus pada akademik. 

Memang ada benarnya, tetapi sayang bagi mereka yang betul-betul berbakat menendang bola. 

Tetapi sebenarnya harapan itu tetap masih ada. 

Skill Neymar, Ronaldo, Alves boleh ja mereka buat.  - Foto AdidasMY

Dunia semakin terhubung, menyampaikan berita bahawa tidak salah untuk kaum Hawa apatah lagi yang bertudung boleh bersukan dan berjaya, seperti yang biasanya dipaparkan oleh wajah kaum Adam. 

Semakin banyak juga syarikat sukan seperti Adidas dan syarikat berkepentingan lain menyedari ‘potensi’ daripada pembangunan akar umbi.

Apa kurangnya kita dengan orang Eropah atau Amerika Latin dalam menyepak bola? 

Budak-budak kita sebenarnya ramai yang ‘talented’, tetapi sayangnya tiada sokongan untuk mereka untuk melakukan yang terbaik daripada bakat yang dikurniakan.

Bukan salah ibu bapa, bukan salah sekolah, bukan salah kementerian, bukan salah kerajaan, tapi salah semua. 

Kalau semua buat kerja betul ikhlas bukan pasal kerusi pangkat dan duit, benda mesti jadi cantik.

Jangan diketepikan perempuan, mereka sebenarnya lebih berkeupayaan daripada lelaki. 

Bayangkan berlari meyepak bola di bawah matahari terik mereka boleh pakai tudung, kau mampu?

*Aku join dia orang punya friendly match. Maaf cakap, budak-budak perempuan ni main lagi cantik daripada Awani FC. Serius, haha!

- Israr Khalid


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu