BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 4 Oktober 2019

FIFA20 vs PES2020: Siapa menang?



Sejak FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) diperkenalkan lebih sedekad lalu, perdebatan membandingkan antara dua permainan video ini tak pernah terhenti.

FIFA yang dikeluarkan oleh Electronic Arts (EA) sememangnya mendahului pasaran, tetapi PES keluaran Konami juga tidak pernah lelah untuk menandingi apa yang ditawarkan lawannya.

Jika ditanya kepada pengikut permainan video bola sepak, lebih ramai mengatakan ‘gameplay’ FIFA sejak beberapa tahun lepas lebih menarik, interaktif dan kemas. Namun sebenarnya PES pun tak kurang hebatnya.

Tetap peminat permainan video bola sepak mahu membandingkan antara kedua-duanya, dan saban tahun masing-masing menampilkan penambah baikan dalam segenap aspek. Paling jelas adalah kecanggihan dan ketepatan rekaan grafiknya dengan wajah dan rupa pemain-pemain sebenar.

Mana satu lebih ‘real’? Nah, anda bandingkan sendiri.



Tidak cukup untuk menilai hanya pada rupanya, tetapi perlu diambil kira ciri-ciri lain sama ada yang ditambah baik mahupun ciri baharu diperkenalkan dalam kedua-dua edisi FIFA20 dan PES2020.

Cuma FIFA20 lebih menarik perhatian dengan pengenalan Volta, mod yang membawa pemain ke bola sepak jalanan dan futsal yang juga membolehkan anda mereka sendiri rupa avatar anda (pakaian, aksesori, tatu badan, fesyen rambut, gerakan khas dll.), sebagai pengganti kepada ketiadaan mod cerita ‘The Journey’.

Sementara PES, tak ada banyak penambahan ciri baharu, cuma ‘upgrade’ kepada Master League dan Matchday juga elemen penceritaan dalam mod karier.



Jadi, yang mana satu idaman kalbu? Apa paling penting bagi anda untuk beli dan main antara dua permainan video ini? Mari bincang.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu