Google Pixel 4 sebelum ini memperkenalkan sistem pengenalan wajah untuk membuka kunci telefon itu tanpa pemilik peranti tersebut membuka matanya.
Namun pengenalan sistem itu ternyata mendedahkan data peribadi pengguna dicuri ataupun dilihat oleh pihak ketiga
Ini kerana sesiapa sahaja boleh unlock telefon tersebut dengan hanya mengimbas wajah pemilik yang sedang tidur atau dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bukan setakat data telefon pintar boleh dicuri malah semua aplikasi yang menggunakan sistem pengimbas wajah untuk tujuan keselamatan termasuk perbankan peribadi boleh diakses orang lain.
Menyedari hal tersebut, Google akan memperkenalkan pilihan sistem pengenalan wajah dengan mata pemilik dibuka pada Pixel 4 dan 4 XL, dalam kemas kini sistem yang akan datang.
Google dalam satu kenyataan menggalakkan orang yang bimbang dengan keselamatan mereka supaya menggunakan kod pin atau kata kunci untuk keselamatan peranti mereka.