BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 25 Disember 2019

5 peraturan memberi hadiah kepada seseorang


Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Budaya Melayu sejak sekian lama sudah menggambarkan betapa bahagianya seseorang yang berkongsi rezekinya dengan orang lain. Ia satu sifat azali manusia seluruh dunia yang suka akan pemberian.

Para psikologi juga sejak sekian lama meneroka perbuatan memberi ini, kerana ia dilihat sebagai jendela kepada pelbagai fi'il manusia - bagaimana kita melihat orang lain, bagaimana kita meletak nilai terhadap sesuatu benda, kemahiran membuat keputusan dan kebolehan kita memahami orang lain.

Memilih hadiah bersesuaian dengan sang penerimanya juga adalah satu seni. Keikhlasan itu terzahir dan terlihat dengan kepekaan serta kehalusan deria seseorang untuk memberikan sesuatu yang dekat dengan hati penerimanya.

Jadi, bagaimana untuk rasa lebih disayangi oleh insan yang kita beri? Baca terus. Ini panduan saya beri kepada tuan-tuan dan puan-puan.


1. Jangan tambah hadiah kecil kepada hadiah besar

Ingat, less is more.

Meletakkan hadiah sampingan kepada hadiah utama memberi erti seolah-olah hadiah utama itu tidak cukup 'eksklusif', seperti ia tidak mampu memuaskan hati mereka yang menerimanya.

Bayangkan kita beri orang sepasang kasut dengan stokin di sampingnya. Seakan-akan memberitahu yang 'kalau kau pakai kasut ini kena pakai dengan stokin ini.' 

Macam lah aku tak pandai beli stokin.


2. Hadiahkan pengalaman, bukan kebendaan

Setiap di dunia pasti akan mati, hancur atau pergi. Tetapi sukar buat sesuatu yang dilalui oleh hati.

Hadiah telefon pintar terbaharu memang hebat, tapi paling-paling kegembiraan yang dirasa bertahan dalam setahun dua. Kemudian datang lagi model telefon baharu. Begitulah kitarannya.

Bandingkan dengan pakej ke destinasi impian sang penerima atau tiket ke konsert band pujaannya, pasti memorinya kekal sampai bila-bila. Materi boleh dibeli, tetapi tidak buat detik indah melakukan perkara yang kita suka.

Balik-balik bagi hadiah phone, kreatif lah sikit!


3. Gift card pun okay juga

Kadang-kadang ada juga orang yang malas nak pening kepala, tapi nak beri sesuatu (atau terpaksa sebab ada acara Secret Santa seumpamanya di pejabat). Maka gift card juga pilihan yang agak pandai.

Ada kawan yang kita sayang tapi sukar dibaca, tak berapa pasti dengan apa yang yang dia perlukan dan mahukan. Berikan dia gift card yang padan dengan minatnya. Kalau sang pemberi suka barangan sukan, hadiahkannya sekeping kad pembelian bernilai RM100 misalnya.

Lebih baik daripada tersalah beli hadiah, yang kesudahannya berhabuk di dalam almari sang penerima.


4. Fikir seperti sang penerima

Macam ini lah; letakkan diri anda di dalam kasut orang yang mahu kita hadiahkan itu. Apa yang dia mahukan? 

Jika si dia selalu menunjukkan kecintaannya kepada Star Wars, belikan dia patung Darth Vader (CONTOH). Sekiranya mak pernah memberitahu yang dia tidak pernah ke luar negara, bawa dia berjalan pusing dunia pada hari jadinya.

Buat sesuatu yang kita mahu orang buat pada kita.


5. Berbelanja lebih untuk orang lain berbanding diri sendiri

Bapak saya selalu pesan, kalau kita memberi dengan banyak, kita akan dapat lebih banyak.

Rasa bahagia yang kita alami dengan membelanjakan sesuatu yang besar untuk orang yang kita sayang adalah lebih besar dan kekal lama nikmatnya daripada kita beli barang untuk diri sendiri.

Bukan mahal atau murah nilai hadiah yang kita beri, tetapi yang lebih dihargai adalah ingatan kita. It's the thought that counts, kata orang putih.


*Gambar atas: Zero (Tony Revolori) memberikan hadiah kepada Agatha (Saoirse Ronan) dalam satu adegan daripada filem The Grand Budapest Hotel (edaran Fox Searchlight Pictures, 2014).



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu