BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 26 Disember 2019

Apa maksudnya gerhana kali ini?


26 Disember 2019 dikhabarkan bahawa Bumi akan bergelap dan lingkaran api terbentuk di langit. Gerhana matahari.

Di setiap pelosok beradaban dan kepercayaan, kejadian ini dianggap keramat, petanda besar, dan ada upacara khusus yang memohon supaya tenaga luar biasa fenomena itu membawa ke semangat yang lebih baik.

Ada yang melihatnya dari segi saintifik, ada yang berpegang kepada spiritualiti di sebalik setiap kejadian, dan ada juga yang bijak mengimbangi antara keduanya. Tak dinafikan, pasti ada yang ekstrim cenderungnya ke satu arah.

Manusia secara azalinya tanpa sedar sentiasa bertanyakan tentang masa depan. Dalam apa cara sekalipun, dia mahu tahu apa yang bakal ditempuh mereka sehingga ke hembusan nafas terakhirnya.

Ada juga yang tak peduli langsung. Ikutlah pendirian masing-masing.

Kepada yang peduli, pakar astrologi residen majalah Bazaar, Rebecca Gordon, seperti biasa berkongsi dapatan dan pembacaannya terhadap fenomena luar biasa yang berlaku di cakerawala.

Katanya, kita sedang berada dalam musim Deep Eclipse di mana ia dilihat sebagai turning point dalam kehidupan kita.

Jadi perhatikan setiap perincian yang berlaku di sekeliling kita dalam tempoh sekitar dua minggu ini bermula 26 Disember 2019 hingga 10 Januari 2020, yang mana dikhabarkan akan berlaku pula gerhana bulan sebagai melengkapkan Musim Gerhana kali ini.

Kesannya berbeza mengikut horoskop anda.



Aries

Gerhana Matahari (G.M.): Langit adalah sasarannya dalam karier anda. Tiada had kepada potensi dan inovasi anda.

Gerhana Bulan (G.M.): Percaya bahawa ada perkara dalam keluarga dan rumah tangga yang perlu berubah dan berkembang.


Taurus

G.M: Nama anda akan disebut dalam kalangan media, penerbitan dan penyiaran. Anda ada kuasa mencipta semula dan menghasilkan karya hebat tahun ini.

G.B: Kalian perlu sedar bahawa cara lama berkomunikasi tidak lagi sesuai dengan anda, jadi teroka cara dan peluang baharu.


Gemini

G.M : Cerita-cerita 'norma' tentang hal duit dan tempat kerja yang kita dengar dan cuba nak kaitkan dengan hidup kita, itu semua mengarut. Terbalikkan ceritanya dan jadikan ia inspirasi untuk terus berusaha.

G.B: Buang rasa takut anda. Yakinlah bahawa duit bukan segalanya di dunia ini. Sediakan satu ruang di dalam hidup anda dijadikan tempat bersandarnya keberanian untuk menghadapi apa saja yang berlaku.


Cancer

G.M: Kerjasama menjadi tema utama kehidupan anda tahun ini, sama ada dalam kerja atau cinta. Manfaatkan sifat dan tabiat baik yang sama dengan pasangan/rakan seperjuangan anda untuk mencapai sasaran.

G.B: Anda perlu lepaskan bahagian diri anda yang membelenggu anda daripada terus melangkah jaya. Mesti berani.


Leo

G.M: Ini masanya untuk berpegang kepada gaya hidup sihat. Sebagai orang kreatif, banyakkan cermin diri dan wujudkan satu amalan bermanfaat untuk kehidupan anda.

G.B: Lupakan cerita lama. Amalan spiritual boleh membantu anda melepaskan memori lama untuk jiwa yang lebih tenang dan aman.


Virgo

G.M: Percaya naluri anda dan lakukan apa yang memberi kebahagiaan kepada anda, kemungkinan besar ada nasib dan peluang. Kerja-kerja kreatif, media dan hubungan antara negara akan begemerlapan.

G.B: Pilih kelompok yang kena dengan kehidupan anda, kurangkan aktiviti sosial yang sudah tidak sesuai dengan jiwa dan hati kalian ketika ini.


Libra

G.M: Waktu yang sesuai untuk kalian Libra membeli rumah impian atau melabur.

G.B: Lihat kembali sejauh mana perjalanan karier anda sehingga hari ini, tinggalkan semua yang tak membantu dalam perjalanan itu. Anda sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.


Scorpio

G.M: Tahun 2020 adalah masa untuk anda membuahkan sesuatu daripada perhubungan dalam industri mahupun kehidupan anda. Luaskan capaian dan kongsi bakat anda dengan khalayak. Tahun yang menjanjikan sesuatu dalam bidang penulisan dan penciptaan.

G.B: Anda bakal diiktiraf dan dihargai, jadi perhalusi setiap perkara dalam kehidupan kalian. Buang mana yang tak penting.


Sagittarius

G.M: Ketika keyakinan terhadap bakat dan kemahiran anda meningkat, begitu juga pendapatannya. Jalan baharu kepada peluang bakal menjelma.

G.B: Percaya pada diri, terutama dalam hal keupayaan kewangan anda. Sektor pelaburan dan ekuiti dikatakan akan menyinar untuk anda.


Capricorn

G.M: Anda zodiak kegemaran tahun ini, memandangkan gerhana matahari 26 Disember 2019 jatuh pada waktu Capricorn. Tahun untuk anda memasang impian besar dan bertindak merealisasikannya.

G.B: Perhubungan akan tiba ke titik perubahan, make or break. Anda akan menempuhinya dan pastikan anda jelas dengan apa yang anda mahu.


Aquarius

G.M: 2020 menjadi waktu untuk anda reset badan, minda dan rohani anda. Pulihkan semula segalanya untuk menghadapi dekad baharu.

G.B: Sektor kesihatan fizikal anda akan menerima tenaga daripada fenomena ini, jadi teruskan bergerak aktif.


Pisces

G.M: Kerjasama adalah kunci kejayaan anda tahun ini. Perjelas visi anda, percaya dengannya dan berpadu tenaga dengan mereka yang sealiran untuk menjadikan impian anda realiti.

G.B: Lepaskan satu kerja kreatif yang anda usahakan tetapi sudah tidak lagi membawa kegembiraan kepada anda. Ruang itu perlu diisi dengan perkara baharu untuk mencapai impian kalian.

---

Saya tak kata anda perlu percaya semuanya, nanti orang kata khurafat. Anda baca satu persatu, semuanya sekadar kata-kata semangat untuk sesiapa pun tidak kira apa bintang kelahirannya untuk berusaha membuang segala yang keruh dan jernihkan jiwa untuk kehidupan yang lebih baik.

Usaha, percaya pada kuasa Yang Maha Esa, pasti berjaya.

Selamat menempuh 2020!

Oh ya jangan lupa ambil gambar gerhana, tag #rancaktv di media sosial anda.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu