BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 19 Disember 2019

Doktor Malaysia di UK cipta tudung bedah pakai buang


Farah Roslan, seorang doktor pelatih di Royal Derby Hospital rasa kurang selesa apabila masuk ke bilik bedah memakai tudung yang sama dipakainya sepanjang hari.

Dia juga tidak selesa apabila perlu membuka tudung untuk masuk ke bilik bedah, jadi dia tidak dibenarkan masuk sebagai langkah kawalan jangkitan.

Antara kepercayaan dan keghairahan dalam bidang perubatan, satu pun tidak mahu digadaikannya. Lalu dia melihat ke tanah airnya Malaysia mencari ilham bagaimana untuk menyatukan kedua-duanya.

Atas dedikasi itu, terciptalah tudung pakai buang supaya dia dan sesiapa jua doktor wanita Muslim yang bertudung sepertinya tidak lagi berdepan masalah yang pernah dilaluinya.

Farah dan mentornya, Gill Tierney. - Sumber dari BBC

Mentornya Gill Tierney yang juga seorang konsultan bedah, percaya bahawa ciptaan itu adalah yang pertama di UK.

Katanya, ia merupakan isu yang kecil berlaku di bilik bedah seluruh negara dan dia rasa ia tidak pernah dibangkitkan secara formal oleh mana-mana pihak sebelum ini.

"Kosnya tidaklah banyak dan harap-harap kesannya besar," ujarnya kepada BBC.

Kini, tudung pakai buang sudah mula diguna pakai di hospital pengajiannya, University Hospitals of Derby and Burton pada awal Disember tempoh hari.

"Saya sangat gembira dan mahu benar melihat ia diguna pakai di seluruh negara," kata doktor muda itu.

Tahniah dan terima kasih banyak-banyak, Dr Farah!

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu