BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 24 Disember 2019

Mai belajaq cakap Penang (VOL.1)


Kajian mendapati bahawa mempelajari bahasa lain dapat menajamkan kebolehan kognitif seperti ingatan dan kecerdikan, pada masa sama mengurangkan risiko penuaan dan penyakit otak seperti dementia dan Alzheimer (nyanyuk).

Malaysia adalah sebuah negara yang sangat pelbagai dan penuh warna. Bukan setakat warna kulit dan agama warganya yang berbeza, malah bumi bertuah ini kaya dengan pelbagai loghat.

Bahasa kebangsaan bahasa Melayu itu sendiri ada pelbagai dialek mengikut daerah, negeri dan wilayah. Begitu juga dalam bahasa Kantonis/Mandarin/Hakka/Hokkien dan Tamil yang juga dipertuturkan di sini. Saya rasa tak ada negara lain yang seunik Malaysia.


Rugi kalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak mempelajari sedikit sebanyak dialek-dialek yang ada. Kami di RancakTV ada Kelas Loghat untuk anda kenali bahasa/loghat/dialek orang kita.

Untuk Kelas Loghat kali ini, kami mahu kongsi slanga dalam loghat Pulau Pinang. Mai belajaq sikit-sikit noh!

Loqlaq = kepala otak tak betul/biol/sewel/gila
Ligan = Kejar
Haru = Kalut/huru-hara/porak-peranda
Surr = Syok tak tau nak habaq
Buat leceh = Ambil ringan/endah tak endah/tak serius
Biaq pi = Jangan peduli/lantak lah
Bebai = marah/bad mood
Mangkaq = 1. Kelakar, 2. Buah busuk/rosak
Keleboq = Lopak air berlumpur
Ketegaq = Degil

Nak tau macam mana nak guna ayat-ayat ni? Nindia orang Penang dari Pulau & Seberang, Hilal & Shamir ajaq hangpa:


Ini baru volume 1. Nantikan volume 2 akan datang.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu