BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 Mac 2020

Berakhirnya Empayar Rusia


Kematian Tsar Nicholas II bersama seluruh keluarganya pada 1918 menandakan berakhirnya Empayar Rusia yang diterajui House of Romanov selama 304 tahun.

Selepas kepimpinan Rusia jatuh ke tangan tentera Bolshevik susulan Revolusi Februari 1917, Nicholas bersama isterinya Alexandria Fyodorovna serta anak-anak mereka - Olga, Maria, Tatiana, Anastasia dan Alexei - hidup dalam tahanan bermula di Tsarskoye Selo, Tobolsk dan akhir sekali di sebuah rumah dinamakan Ipatiev House di Yekaterinburg.

Pada jam 2 pagi 17 April 1918, seluruh keluarga dikejutkan dari tidur, dibawa ke bilik bawah tanah lalu ditembak dan ditikam dengan bayonet sehingga mati. 

Mayat mereka dibawa ke hutan berdekatan, dibakar, direndam ke dalam asid dan selebihnya ditanam di dalam lubang bekas lombong lama.

Hanya pada 1979, sisa mayat mereka mula ditemui satu demi satu dan dikebumikan dalam upacara penuh penghormatan.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu