BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 Mac 2020

Jatuh dan Bangkit Semula Jimmy Eat World



Jimmy Eat World adalah band rock yang bermula dengan genre pop-punk pada 1993. Semua seakan tidak kena pada awal penubuhan band ini, daripada mengubah sound band itu pada album kedua mereka, Static Prevail selain release major label mereka yang pertama, Clarity pada 1999. 

Album Clarity, keluaran Capitol Records berjaya mengumpul pengikut baru untuk band itu namun Capitol ia tidak berjaya mencapai populariti yang diharapkan, mungkin kerana perlu bersaing dengan band seperti Green Day.

Salah satu lagu dalam album itu, Lucky Denver Mint berjaya dimuatkan dalam soundtrack filem Never Been Kissed namun jodoh mereka dengan Capitol Records tidak kekal lama.


Clarity satu album hebat mendapat status Cult namun Capitol Records tak puas dengan pencapaiannya di pasaran.


Pada 2000 dan 2001, Jimmy Eat World terpaksa biayai sendiri album dan single mereka menerusi label indie, Big Wheel Recreation, pada masa berusaha menyiap karya yang bakal mengangkat nama band itu.

Penerbit, Mark Trombino yang bersama mereka sejak 1996 terus mempercayai dengan bakat frontman, Jim Adkins dan band itu, berkhidmat secara percuma dan mengharapkan ia akan ditebus apabila ada label yang mahu menandatangani Jimmy Eat World.

Selepas diperdengarkan lagu-lagu mereka kepada beberapa label hasil kenalan rapat Trombino, Jimmy Eat World akhirnya menerima tawaran Dreamworks yang dianggap memberi tawaran terbaik kepada band itu.

Pada Julai 2001, album Bleed American dikeluarkan dan single The Middle meletup di Billboard chart dengan mendapat tempat kelima top 100.

Selepas Bleed American, Jimmy Eat World berjaya mengeluarkan enam lagi album tanpa mengorbankan kreativiti mereka, teruskan eksperimen bunyi dan kekal di pasaran mainstream.

Bleed American lonjak nama Jimmy Eat World dalam arena muzik rock.

Pada 2019, Jimmy Eat World mengeluarkan album terbaharu yang bertajuk Surviving dan masih... 'surviving'.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu