BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 11 Mac 2020

Tengok Marikh dalam 1.8 bilion piksel


Kita sekarang boleh tengok apa yang ada di planet Marikh dengan visual resolusi tinggi 1.8 bilion piksel, terima kasih kepada Curiosity Mars Rover.

Robot yang berbentuk sebuah kereta semua permukaan milik NASA itu telah menghantar gambar 360 darjah panorama yang kini dikongsi di saluran Youtube NASA Jet Propulsion Laboratory.

Video itu dirakam di antara 24 November dan 1 Disember tahun lepas.

Lebih 1,000 imej dicantum dalam tempoh sebulan dan versi komposit yang lebih besar mengandungi hampir 1.8 bilion piksel lanskap Marikh.

Misi Curiosity bermula mendarat di Marikh pada Ogos 2012 untuk menjalani ujian sama ada ia sesuai untuk kehidupan dan mengetahui lebih lanjut tentang persekitaran planet merah itu.

foto: visual daripada Youtube/NASA Jet Propulsion Laboratory

           

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu