P.T. Barnum, tauke sarkas yang juga digelar 'The Greatest Showman' membina kekayaan bisnes hiburannya dengan penuh penipuan.
Seorang bekas hamba, Joice Heth, adalah subjek pertama ekspolitasi Barnum untuk mempersona orang ramai. Kerana wajahnya yang berkedut semacam, Heth dicanang Barnum sebagai bekas hamba kepada George Washington berusia 161 tahun.
Apabila Heth mati, Barnum membuat pertunjukan bedah siasat secara langsung untuk 'mendedahkan' bahawa wanita malang itu sebenarnya berusia 84 tahun.
Ia permulaan kepada 'freakshow' yang disertai pelbagai jenis manusia dengan kecacatan ganjil seperti kembar Siam, Chan dan Eng, manusia kerdil Tom Thumb, gadis berjambang dan ramai lagi yang dieksploitasi Barnum. "The Greatest Conman".