BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 18 April 2020

COVID-19 Bukan Buatan Makmal di Wuhan



Seperti biasa, Amerika Syarikat menerusi Presidennya, Donald Trump melemparkan tuduhan bahawa koronavirus ataupun COVID-19 itu berasal dari makmal di Wuhan.

Tuduhan itu menjadi viral dan dipercayai habis bulat-bulat oleh netizen yang pada asalnya tak suka dekat Trump pun.

Tetapi disebabkan perasaan kebencian lebih tinggi kepada punca virus itu hadir, mereka mungkin lebih percayakan teori itu tanpa sebarang bukti kukuh dikemukakan.

Antara yang membidas tuduhan Trump dan Amerika adalah, Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menjelaskan sehingga kini tiada bukti yang menyokong maklumat di akhbar Amerika bahawa COVID-19 berasal dari makmal penyelidikan P4 di kota Wuhan, China.

Konsensus saintifik turut menyatakan bahawa SARS-CoV-2, iaitu nama rasmi koronavirus baharu ini berasal dari kelawar.

Pada tahun 2004, Perancis menandatangani perjanjian dengan China untuk menubuhkan makmal penyelidikan mengenai penyakit berjangkit biosafety tahap 4, iaitu tahap tertinggi, di Wuhan yang ditandatangani oleh menteri luar negara ketika itu, Michel Barnier.

Trump pada Rabu mengatakan bahawa pemerintahnya sedang berusaha untuk menentukan kesahihan koronavirus berasal dari makmal di Wuhan.

Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo turut mengatakan bahawa Beijing perlu telus dalam apa yang diketahui mereka.

Sementara itu, Ketua Staf Gabungan AS, Jeneral Mark Milley mengatakan bahawa perisikan AS menunjukkan bahawa koronavirus kemungkinan besar berlaku secara semula jadi, berbanding dibuat di makmal di China.

Bagaimanapun masih tidak ada kepastian mengenai dakwaan tersebut.

The Washington Post melaporkan pegawai keselamatan kebangsaan dalam pentadbiran Trump telah lama mengandaikan penyelidikan di Wuhan sebagai punca koronavirus berkenaan.

Sejak Februari, Institut Virologi Wuhan yang disokong China menolak dakwaan virus itu dihasilkan di salah satu makmalnya atau mungkin dibawa keluar dari fasiliti berkenaan.

Sumber: Astro AWANI

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu