BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 20 April 2020

Kena gelak pun tak apa - Jurgen Klopp


Biar mereka terhibur pada waktu sukar ini. Itulah yang mampu dibuat pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika dalam lockdown di England.

Berjauhan akibat lockdown dan juga penjarakan sosial, memberi peluang kepada Klopp untuk buat reunion semula dengan rakan-rakan sekolahnya di group chat.

Pengendali dari Jerman yang sudah terputus hubungan dengan rakan sekolahnya sebelum ini, kini sangat aktif dalam aplikasi permesejan kumpulan baharu itu dan dia sangat gembira untuk berkongsi kenangan manis bersama mereka.

Ini termasuk berkongsi gambar-gambar lama Klopp oleh sepupunya yang turut berada dalam kumpulan itu.

“Gambar-gambar lama saya ada di rumah ibu saya dan saya tidak pernah terfikir untuk mengambilnya.”

“Tetapi sepupu saya berkongsi gambar tersebut bermula dengan gambar bayi saya dan kini saya mempunyai koleksi gambar-gambar tersebut bersama saya.” kata Klopp.


Pada masa sama, Klopp juga tidak kisah jika orang ketawakannya apabila melihat gambar-gambar lamanya.

“Pada waktu sukar ini, kalau orang ketawakan saya, saya tak kisah dan gembira,” jelas Klopp.

Klopp berkongsi perkara ini dalam temubual secara persidangan video secara eksklusif bersama media rasmi kelab bola sepak Liverpool.

Antara perkara lain yang dilakukan Klopp ialah membaiki masa lariannya semenjak mempunyai banyak masa untuk berlari sekitar halaman rumahnya, selain sudah memesan jam pintar khas untuk membantu baiki prestasi lariannya.

Selain itu, Klopp mahu belajar cara mengikat tali leher kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memakai tali leher walaupun sudah berusia 62 tahun.

Ketika kena duduk rumah, Klopp juga meluangkan masa menonton filem bersama anak sulungnya yang datang dari Jerman sebelum sekatan pergerakan dikuatkuasakan.

Klopp mengakui gemar menonton filem komedi seperti Waterboy, Dumb and Dumber dan akhirnya berjaya menonton filem-filem terbitan Marvel seperti Iron Man.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu