BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 21 April 2020

Kesan Kejatuhan Harga Minyak Kepada Rakyat Marhaen (dalam bahasa mudah)


Buat pertama kali dalam sejarah tamadun manusia, harga minyak Amerika Syarikat jatuh kepada nilai bawah $0 (American Dollars). Secara tepatnya, harga minyak AS kini pada  negative $35.65 setong.

Ini berita besar, tetapi adakah ia memberi kesan kepada rakyat kebanyakan khususnya kita yang langsung tidak terlibat dalam industri juta-juta ini? Ada impaknya, dan sedikit sebanyak kita perlu ambil tahu juga.

Kenapa harga minyak boleh jatuh negatif? 

Editor meja bisnes Astro AWANI, Najib Aroff menjelaskan dalam bahasa yang mudah dan tidak teknikal. Hal ini berlaku disebabkan Amerika sekarang memiliki lebihan bekalan minyak yang banyak sehingga tiada lagi ruang untuk menyimpannya.

Kenapa ada lebihan bekalan minyak? Disebabkan COVID-19, industri-industri seluruh dunia yang banyak menggunakan minyak seperti penerbangan dan kejuruteraan terencat pertumbuhannya, maka mereka kurang menggunakan minyak. Jadi jual beli minyak itu tidak rancak berbanding sebelum ini.

Bila bekalan terlalu banyak, pengeluar terpaksa menurunkan harga jualan supaya lebih ramai membeli. Dalam kes di Amerika, mereka bukan sahaja terpaksa memberi minyak tetapi membayar mereka yang sudi mengambil minyak mereka.

Kini harga minyak dah turun, baiknya untuk orang ramai adalah petrol dan diesel pun dah murah. Tetapi malangnya orang tak ke stesen minyak sekerap waktu pra-COVID-19, kereta tak banyak di jalanan atas perintah penjarakan sosial yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara.

Apa pula kesannya kepada Malaysia? 

Negara kita adalah negara pengeluar minyak dan sebahagian besar pendapatan negara datangnya dari industri minyak dan gas.

Jadi apabila permintaan minyak dunia terus menurun dan Petronas tidak dapat menjual minyak negara, mereka tidak dapat membayar royalti kepada kerajaan Malaysia, maknaynya kejatuhan harga minyak tidak menguntungkan kerajaan Malaysia.

Jika keadaan begini berterusan untuk satu tempoh, sudah pasti ia menjejaskan ekonomi negara dan kita sebagai rakyat sudah pasti terkesan.

Harga Minyak Turun, Harga Barang Terus Kekal

Masa harga minyak naik, pengusaha semua naikkan harga barang. Tapi tak pula masa harga minyak turun.

Menurut Najib (Aroff) memberitahu harga barangan sepatutnya diturunkan memandangkan kos transportasi sudah berkurangan. Bagaimanapun, pengeluar, pengedar, pembekal, dan peruncit dan segala peringkat penjual ini juga terikat kepada inflasi - jual mahal sangat orang tak beli, jual murah sangat syarikat akan rugi.

Apa yang kita rakyat jelata boleh buat? 

Kalau jumpa barangan yang dijual pada harga tak munasabah, laporkan kepada pihak berkuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan tugas mereka.

KPDNHEP tak boleh pergi ke semua kedai atau pasar yang wujud dalam negara ini dengan. cepat, jadi kitalah kena jadi penyampai berita.

Demikianlah apa yang diceritakan Najib semasa sesi kemaskini jam 12.30 tengah hari Rancak LIVE Selasa tadi. Kalau tak jelas, tonton video ini, kasi dengar sendiri.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu