BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 4 Jun 2020

NYWA hasil klip video timelapse untuk single Selagi Bernyawa





Lebih 5,000 keping gambar dalam format JPEG/RAW digunakan dalam pembikinan klip video bagi band rock, NYWA yang mula dikongsikan pemain gitar kumpulan itu, Ahmad Zahid.

COVID19 menghalang band ini untuk melakukan penggambaran yang lebih cun buat single mereka ini tapi usaha membuat sebuah video dalam format timelapse harus dihargai.

Timelapse bukan mudah untuk menghasilnya berbanding video biasa.

Proses rakaman melibatkan tempoh dua malam akibat cuaca buruk dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula menghalang untuk mereka melakukan lebih banyak penggambaran.

Sebab tak mahu tangguhkan lagi release klip video ini, hantam sajalah, keluarkan dulu.



Lagu ditulis Zahid, seorang punk rocker yang mengakui usia menyebabkan dia boleh layan semua jenis lagu sekarang.

Jadi sebagai seorang yang mengenali Zahid sejak bangku sekolah lagi, ia satu yang agak menyegarkan dengan melodi yang digunakan.

Lirik Selagi Bernyawa pula ditulis oleh Firdaus Zainal. 

Menurut Zahid, lagu ini ditulis tahun lepas sebagai escapism ataupun mengisi masa lapan, sementara klip video ini sebenarnya disiapkan awal tahun ini.

NYWA yang ditubuh tahun lepas sedang berusaha menyiapkan dua lagi lagu baru dalam bahasa Inggeris, di mana salah satu bertajuk 'Scheme of Things'. 

Berikut line up, band NYWA: 

Zahid - Gitar 
Aurora Fi Amanillah - Penyanyi 
Afendy Said - Bass Gast 
Zubair - Drums 

Untuk lebih banyak info pergilah ke Facebook Ahmad Zahid




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu