BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 25 Jun 2020

Apa kegunaan NVIDIA pada kereta Mercedes?

Foto: Mercedes

NVIDIA adalah sebuah pembangunan cip komputer yang terkenal dengan pemproses grafik, seperti NVIDIA GeForce dan perkhidmatan penstriman video game GeForce Now.

Adakah Mercedes mahu jadikan kenderaan mereka sebuah konsol video game bergerak?

TIDAK.

Mercedes mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA untuk membangunkan kereta pandu sendiri dengan sistem komputer yang dikenali sebagai NVIDIA DRIVE AGX.

Ia merupakan sebuah platform pengkomputeran kenderaan autonomous yang bertindak sebagai otak kereta itu.

Pembangunan pengkomputeran kecerdasan buatan (A.I.) itu dikatakan boleh membantu Mercedes untuk menjayakan penghijrahan syarikat itu ke arah pemanduan berautonomi ataupun kereta pandu sendiri.

Bukan setakat itu pemanduan sendiri, tetapi ia juga boleh digunakan untuk sistem pembantu pemandu, autopilot dan parking tanpa pemandu.

Oleh itu, kalau nampak sticker NVIDIA dekat Mercedes, jangan ingat kereta itu adalah konsol video game bergerak.







Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu