BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 10 Jun 2020

Bola rasmi Olimpik Tokyo 2020 - Adidas Captain Tsubasa Pro


Bola rasmi yang bakal diguna pakai pada temasya Olimpik Tokyo 2020 - yang terpaksa ditunda ke tahun depan kerana COVID-19 - sudah diketahui.

Ini dia bola Adidas Captain Tsubasa Pro, yang diinspirasikan daripada komik manga bola sepak termasyhur Jepun ciptaan Yōichi Takahashi.

Bola ini berdasarkan rekaan enam panel Adidas Telstar 18 yang diperkenalkan sebagai bola rasmi kejohanan Piala Dunia Rusia 2018. Ia juga kesinambungan daripada Adidas Errejota (Olimpik Rio 2016) sebagai bola rasmi temasya Olimpik.

Adidas Captain Tsubasa Pro adalah 'upgrade' daripada Adidas Captain Tsubasa yang dipakai semasa kejohanan Piala Dunia Kelab yang berlangsung Disember tahun lepas. 


Ini edisi sebelumnya, Adidas Captain Tsubasa. Warna ada sikit lain, grafik ada sikit tambah.
Edisi terbaharu ini menampilkan grafik samar figura karakter lelaki dan wanita daripada manga tersebut, serta nama 'Tsubasa' dalam tulisan Rumi dan Kanji. Juga pada namanya lah, tambah 'Pro'.

Adidas Captain Tsubasa Pro Ball dilancar secara rasmi pada awal Jun ini, dengan harga RM550. Boleh didapati di butik-butik Adidas dan pembelian secara atas talian di laman web mereka.

Captain Tsubasa dicipta Takahashi pada 1981 apabila mendapat inspirasi daripada Piala Dunia FIFA Argentina 1978. 

Ceritanya mengikut perjalanan anak muda bernama Tsubasa Oozara yang bercita-cita mahu membawa negaranya, Jepun memenangi Piala Dunia FIFA.





*Sumber gambar adidas.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu