OK satu Malaysia termasuk pelakon popular Henry Golding bantai bekas ratu cantik Miss Universe, Samantha Katie James.
Kami sendiri melihat posting yang dibuat Samantha, lepas 30 kali baca pun tak faham apa yang cuba Miss Universe tu cuba sampaikan.
Tapi ramai di kalangan kita, hampir semua yang kami baca kecam dan bantai dia habis-habisan dan mengatakan kenyataan yang dibuatnya itu bersifat perkauman.
Henry Golding sampai 3-4 page story pasting kecam dia dan beri penjelasan kenapa kita kena kesiankan golongan berkulit hitam ini.
Pada masa sama kita tengok, jenama solek turut menamatkan kerjasama mereka dengan Samantha dan ada pula petisyen yang mahukan gelarannya ditarik balik.
Henry Golding sampai 3-4 page story pasting kecam dia dan beri penjelasan kenapa kita kena kesiankan golongan berkulit hitam ini.
Pada masa sama kita tengok, jenama solek turut menamatkan kerjasama mereka dengan Samantha dan ada pula petisyen yang mahukan gelarannya ditarik balik.
Jadi selepas beberapa hari kena kecam, akhirnya Samantha memberi penjelasan dan memohon maaf atas kelemahannya dalam hal Black Lives Matter ni.
Dengan permohonan maaf ini, adakah kita boleh memaafkan Samantha?
Avatar, evolusi manusia di bumi? Penjelasan yang complicated, sukar, mungkin hanya genius boleh memahaminya, ini Miss Universe OK.
Oh kita semua tak faham kenyataan sebenar yang dia nak sampaikan, dia bertanggungjawab atas kesalahan memilih perkataan (ayat) yang menyebabkan ia disalah tafsir.
Slide 1 pun tak faham lagi, nanti kena cari pakar.
Ini merupakan slide untuk menjustifikasikan - tak mungkin dia seorang rasis kerana berdarah campuran, termasuk ada darah Brazil dan dibesarkan ibu bapa angkat berbangsa India.
Boleh tak kita maafkannya dengan permohonan maaf dan kenyataan yang diberikan?
Apa yang penting kita perlu hentikan pembulian siber terhadap Samantha dan apa kata ada yang cuba memberi tunjuk ajar kepadanya… kerana sampai sekarang kami tak faham apa yang cuba disampaikannya.
“And to discriminate only generates hate
And when you hate then you're bound to get irate"
Show some love baby!
Foto Atas: Instagram/samanthakayty