BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 3 Jun 2020

Si cantik Lisa ditipu RM3.5 juta



Lisa dari Blackpink kena scam!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensinya, YG Entertainment, Lisa disahkan menjadi mangsa penipuan yang dilakukan bekas pengurusnya (nama sebenar tidak didedahkan).

Jumlah kerugian melibatkan AS$820,000 ataupun lebih kurang RM3.5 juta oleh bekas pengurus yang paling Lisa percayai dalam hidupnya.

Menurut media Korea, duit tersebut dikatakan sepatutnya digunakan untuk pelaburan hartanah namun disalah gunakan oleh pengurusnya yang menggunakannya untuk berjudi.

Bagaimanapun bekas pengurusnya itu sudah membayar balik sebahagian daripada wang yang diambilnya sejak meninggalkan syarikat itu dan bersetuju untuk melangsaikan baki secara ansuran.

Lisa photoshoot untuk majalah ELLE. 

Menurut sumber rapat, artis berbangsa Thai itu sudah bekerjasama dengan bekas pengurusnya itu sejak penampilan sulungnya dalam Blackpink lagi.

Blackpink baru sahaja mengeluarkan sebuah lagu bersama Lady Gaga bagi album terbaharu penyanyi itu, Chromatica, lagu berjudul Sour Candy.

Jadi kepada di luar sana jangan mudah percaya orang, nasib baik YG Entertainment mengendali perkara ini dengan biijak.

Seperti membolehkan Blackpink bekerjasama dengan Lady Gaga ni.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu