BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 3 Jun 2020

Wanita ni selamba marah perusuh di New York



Protes anti-perkauman di Amerika Syarikat dicemari golongan yang mengambil kesempatan dengan merusuh apabila harta benda awam dan peribadi dirosakkan, selain memecah masuk kedai untuk mencuri.

Mana tak wanita ni dari New York ini marah gila kepada pemprotes palsu ini.

Ia dapat disaksikan di Youtube Eyewitness News ABC7NY.

Desiree Barnes memberi sebuah ucapan yang powerful dan merayu supaya kumpulan yang bikin kacau di kawasan perumahannya supaya berhenti melakukannya.

Mereka telah menyebabkan kerosakan kemudahan yang digunakan oleh penduduk di situ termasuk laluan pejalan kaki dan kenderaan awam, tempat mengecas telefon yang sering digunakan gelandangan selain menceroboh masuk kedai berdekatan apartmentnya.

Protes sepatutnya dilakukan secara aman untuk menuntut keadilan perkauman di negara itu, selepas kematian lelaki kulit hitam bernama George Floyd, selepas ditindih dengan lutut dalam tempoh yang lama oleh seorang pegawai polis berkulit putih.

Namun bagi Desiree, mereka yang terlibat sekadar mengambil kesempatan atas kesusahan yang dihadapi orang kulit hitam.

Desiree pernah berkhidmat dengan bekas presiden Barack Obama menegaskan kepada golongan tersebut hanya menambah kesusahan orang di sekeliling kawasan perumahannya itu.

Pada masa Desiree mengingatkan mereka supaya melakukan perubahan di peti undi dengan mendaftar sebagai pengundi dan pergi protes di White House.

Black Lives Matter konon, kalau betul protes jangan menyusahkan orang lain dengan kemusnahan kemudahan yang digunakan orang tempatan dan mencuri.

Tengok video kemarahan Desiree di bawah:

 

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu