![]() |
Krisis COVID-19 yang membawa kepada Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada pelbagai perniagaan, ada
yang baik, ada yang buruk.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad menyeru agar usahawan tempatan tidak putus asa dalam mendepani cabaran, sebaliknya ambil peluang ini
untuk kembangkan lagi perniagaan.
Berikut adalah nasihat Tun Mahathir (Tun M) bagi
usahawan, termasuk Pengusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan generasi masa hadapan dalam mengambil peluang mengubah krisis kepada peluang.
1 Fikirkan kehendak pasaran dunia, bukan pasaran tempatan sahaja
Menurut Tun M, kemudahan teknologi memudahkan
komunikasi antara dua negara di penghujung dunia. Oleh itu, orang ramai tidak
harus mengehadkan penjualan di pasaran tempatan sahaja.
2 Mempelajari koding
Dalam era ini, mempelajari kemahiran koding adalah sangat penting oleh kerana lahirnya inovasi, automasi dan robot (AI). Kata Tun M, banyak syarikat memerlukan programer, jadi mempelajari koding sangat berfaedah.
3 Sentiasa sikap terbuka terima peluang
Nasihat Tun M bagi generasi muda adalah supaya teruskan bekerja sambil mengumpul pengalaman dan ilmu pengetahuan. Katanya, bersikap terbuka untuk melihat peluang perniagaan juga adalah terbaik untuk memulakannya di masa hadapan.
4 Kuasai teknik reka bentuk digital
Kini, mengeluarkan produk yang direka bentuk sendiri adalah muda dengan kemudahan komputer. Tun M menggesa masyarakat untuk mengambil langkah untuk menguasai teknik itu untuk kebaikan sendiri.
Foto: Twitter @chedetofficial
Foto: Twitter @chedetofficial