BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 24 Jun 2020

Boleh tak JPJ buat lesen digital?

PASS, untuk semua Foto: SKT

Smart phone
ataupun telefon pintar dah menjadi lebih penting daripada beg duit kita, malah semua ‘barangan’ dan data peribadi kita semua ada di dalam tu.

Jadi apa halangan untuk kita letak kad pengenalan dan lesen memandu kita secara digital?

Itu yang sudah dilakukan di Korea Selatan, di mana syarikat telekomunikasi dan teknologi, bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa pengangkutan di negara itu.

Syarikat itu adalah SK Telecom (SKT), KT dan LG Uplus yang bekerjasama dengan polis Korea dan Penguat Kuasa Pengangkutan (KoRoad) untuk menyimpan maklumat lesen memandu mereka dalam sebuah aplikasi mudah alih - walaa…. lesen memandu digital.

Mulai hari ni, penggunaan lesen digital itu adalah sah dan polis serta pihak berkuasa akan menerimanya.

Sekarang kita sibuk nak mempromosi penggunaan e-wallet, macam e, ataupun electronik, mungkin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seangkatan dengannya seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat bekerjasama dengan syarikat teknologi untuk mendigitalkan kad pengenalan, lesen dan lain-lain.

Maklumlah, orang kita ramai tak reti jaga IC (kad pengenalan), asyik rosak saja, jadi kita dapat kurangkan kos dan jaga alam sekitar dengan menyimpan IC dekat rumah dan bawa handphone kita yang dijaga rapi dan baik itu.

Lesen Korea Selatan pada aplikasi PASS Foto: Screencapture Arirang News

Lesen digital di Korea Selatan itu akan disimpan dalam aplikasi bernama PASS, yang digunakan sebagai satu aplikasi untuk semua, termasuk dompet digital.

PASS hanya boleh digunakan untuk satu nombor telefon yang didaftar sahaja bagi menguatkan lagi tahap keselamatan aplikasi itu, selain melalui pelbagai pengesahan dan proses penyulitan.

Bagi mengelakkan kecurian identiti dan data, kesemua maklumat yang disimpan akan melalui pengesahan identiti yang disambung kepada agensi polis Korea.

Bukan itu sahaja, bagi menjimatkan masa rakyat negara itu, pembaharuan lesen dapat dilakukan terus dengan aplikasi itu, jadi mereka tak perlu lagi lah ke pejabat untuk memperbaharui lesen dan sebagainya.

Kalau kita tiru apa yang Korea buat, selain kpop, pegawai-pegawai JPJ atau JPN dapat melakukan tugas lain bagi memperkasakan lagi agensi-agensi kerajaan dalam menambah baik operasi mereka dan juga penguatkuasaan.

Let's do this!

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu