BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 24 Jun 2020

Punca kecondongan Menara Pisa


Menara Pisa adalah sebuah menara loceng yang dibina sebagai melengkapi Il Duomo (katedral) di Piazza dei Miracoli, Pisa, Tuscany, Itali.

Ia berdiri setinggi 55.86m pada sisi rendahnya dan 56.67m pada sisi tingginya, mula dibina pada Ogos 1173 dan mengambil masa 200 tahun dalam tiga fasa untuk siap.

Identiti arkitek asal yang mereka dan membina asas menara ini menjadi misteri dan perdebatan sehingga hari ini, tetapi individu itu dipercayai bernama Diotisalvi.

Apabila tingkat kedua siap dibina pada 1178, menara itu mula mencondong. Ia disebabkan asasnya dibina di atas tanah yang lembut dan tidak kukuh, maka pembinaannya dihentikan.

Hampir 100 tahun kemudian, pada April 1264, pembinaan menara itu disambung semula di bawah seliaan Giovanni di Simone. Pada ketika itu tanah pun sudah mengeras dan lebih stabil untuk menampung binaan itu.

Di Simone cuba mengurangkan kecondongan dengan membina tingkat-tingkat seterusnya dengan satu sisi sedikit tinggi, menyebabkan menara itu sedikit melengkung (kalau diperhatikan betul-betul).

Menara loceng itu sekali lagi tidak dapat disiapkan dan terpaksa dihentikan apabila Pisa tewas kepada Genoa dalam Pertarungan Meloria pada 1284 (Orang Itali dahulu memang suka berperang sesama sendiri).

Akhirnya, binaan unik itu lengkap dibina hingga ke tingkat kelapan yang menempatkan loceng oleh Tomaso di Andrea Pisano pada 1372.

Sejak itu, menara itu perlahan-lahan semakin mencondong dalam kadar kira-kira 1-2 milimeter setiap tahun. Pelbagai usaha dibuat untuk menegakkan menara itu, tapi semuanya menemui jalan buntu. 

Paling condong pernah dicapai adalah sehingga 5.5 darjah pada tahun 1990. Kerja-kerja penstabilan serius mula dibuat dari 1993 hingga 2001, berjaya mengurangkan kecondongannya kepada 3.97 darjah.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu