BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 2 Jun 2020

Kenapa Negara Cuba guna dua jenis mata wang?



Negara Cuba menggunakan dua jenis mata wang. 

Pertama, 'Cuban convertible peso' (CUC) yang nilainya bersamaan dengan Dolar AS, dan kedua, 'Cuban national peso' yang nilainya 1/24 daripada CUC.

Sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, ekonomi Cuba yang banyak bergantung kepada kesatuan itu melalui ketidakstabilan kesan polisi sosialis kepimpinan negara Kepulauan Carribean itu.

Ketika kebanyakan urus niaga barangan di kedai dan makanan di restoran yang dipunyai oleh kerajaan adalah dalam CUC, penjawat awamnya dibayar dengan 'national peso'. 

Ia menyebabkan kebanyakan generasi pasca-revolusi sepanjang dekad 50-an berhijrah ke negara lain untuk mencari rezeki, dan menghantar wang pulang kepada keluarga di tanah air.

Menurut satu laporan majalah National Geographic terbitan November 2012, diceritakan ada seorang doktor yang gajinya 785 peso, yang bersamaan dengan CUC$33.

Doktor itu terpaksa membuat kerja sampingan membawa teksi dan mengutip tambang daripada pelancong yang membayar dalam CUC. Gaji bawa teksinya lebih banyak daripada gaji jadi doktor.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu