BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 1 Jun 2020

Kenapa atlet gigit pingat emas yang dimenangi?


Perbuatan menggigit pingat terutamanya pingat emas yang dimenangi dalam mana-mana temasya sukan sebenarnya tiada apa-apa signifikan, cuma aksi yang dilihat menarik oleh jurufoto yang merakamkan momen kemenangan itu.

Ia dikatakan berakar dari era perlombongan emas zaman dahulu, di mana pelombong menggigit batuan yang digali untuk membezakan sama ada ia emas tulen atau pyrite (fool's gold). Perbuatan itu juga dipraktikkan untuk membezakan antara syiling emas tulen dengan syiling besi biasa yang disadur emas.

Emas merupakan logam berharga yang lebih lembut daripada gigi, sementara pyrite pula lebih keras daripada gigi, maka begitu cara mudah membezakan antara keduanya sebelum kewujudan teknologi canggih.

Pingat emas Olimpik pun hanya 1.34% daripadanya emas tulen, selebihnya adalah logam perak.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu