BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 29 Jun 2020

Ini Babak Filem Yang Mahal Untuk Dirakam


Filem Hollywood mana tak hebat, bajet besar, storyline cantik ditambah dengan pemasaran yang sangat cekap.

Formula ini menjanjikan kejayaan filem-filem Hollywood di panggung seluruh dunia dan buat masa ini tiada tandingan.

Ini antara babak filem yang mahal untuk dihasilkan.


Vanilla Sky (2001) - Babak Times Square Yang Kosong

New York Times Square adalah pusat segala pertemuan manusia di bandar yang sibuk di Amerika Syarikat itu. Tak mahu guna CGi, pengarah filem itu, Cameron Crowe mahu ia dikosongkan untuk merakam sebuah babak berdurasi 30 saat yang menunjukkan pelakon, Tom Cruise berseorangan di Times Square. 

Babak 30 saat itu menelan belanja AS$1 juta (RM4.29 juta). Jadi mahal tak mahal la nak rakam babak itu.


I Am Legend (2007) - Babak runtuhan Brooklyn Bridge 

Cerita post zombie apocalypse ni tak ramai orang, New York kosong, pelakon pun tak ramai. Babak yang mahal bukan dia runtuhkan Brooklyn Bridge (sebab tu CGI), tapi bila orang ramai cuba keluar dari New York sebab dikuarantin akibat virus zombie yang tersebar di situ. 

Babak itu mahal tu sebab kena pakai 1,000 pelakon tambahan, melibatkan kerjasama 14 agensi kerajaan, rig lampu yang canggih dan penggambaran yang memakan masa enam malam. Jumlah keseluruhan AS$5 juta (RM21.425 juta). Amik hang.


Superman Returns (2006) - Kembali Ke Planet Krypton

Pihak produksi membelanjakan AS$10 juta untuk membina babak Superman kembali ke planet Krypton, dengan CGI dan sebagainya.

Menjadikan babak ini lebih mahal adalah ia tidak dimasukkan dalam final edit untuk filem itu. Jadi ia merupakan babak yang dibuang paling mahal dalam sejarah pembikinan filem dan antara babak dalam filem yang termahal di dunia.


The Matrix Reloaded (2003) - Kejar Mengejar di Freeway

The Matrix memang terkenal dengan kesan CGI yang menarik, tetapi bagi babak kejar mengejar di sebuah freeway ataupun lebuh raya di dalam filem itu, ia dirakam dengan kereta dan lebuh raya yang betul. 

Namun lebuh raya itu bukanlah yang sudah sedia dibina, jadi mereka membina sebuah lebuh raya berdekatan pangkalan tentera yang ditinggalkan bernilai AS$2.5 juta. 

Ini belum kira CGI yang digunakan dan beratus-ratus kenderaan yang dimusnahkan untuk sebuah babak mendebarkan berdurasi 20 minit itu.


Saving Private Ryan (1998) - D-Day Landing

Siapa tak tahu babak pembukaan filem perang paling hebat, Saving Private Ryan arahan Steven Spielberg. Penggambaran babak berdurasi 25 minit mengambil masa empat minggu, melibatkan lebih 150 pelakon dan bertempat sebuah pantai di Ireland, memandangkan tidak dapat melakukannya di lokasi asal D-Day berlaku iaitu di Omaha Beach. 

Babak perang yang paling epik ini menelan belanja AS$12 juta (RM51.4 juta).


Transformers: The Last Knight (2017) - the Junkyard

Mencari lokasi yang sesuai menjadikan babak rakaman di junkyard ataupun tempat pembuangan besi buruk dalam filem Transformer itu sangat mahal. Ini kerana ia dirakam di sebuah junkyard yang paling sempoi di Arizona. 

Jadi, semua krew dan pelakon di Hollywood kena travel lebih kurang 900 kilometer ke sana, dengan mengupah vendor tempatan, hotel dan lain-lain, menjadikan babak di situ menelan belanja AS$15 juta (RM64.2 juta), dan itu tak termasuk belanja CGI dan lain-lain untuk Transformers hidup di kawasan itu.


Superman (1978) - Krypton

Kalau Superman baharu semua mahal sebab CGI dan sebagainya, babak dekat planet Krypton untuk filem Superman lakonan Christopher Reeves pada 1978 jadi mahal sebab dilakonkan Marlon Brando.

Brando memainkan watak sebagai bapa Superman di planet Krypton sebelum ia musnah, berdurasi hanya 10 minit daripada 143 minit filem itu, dan dilaporkan menerima bayaran sekitar AS$19 juta (RM84.1 juta).

Kenapa mahal sangat? Brando dibayar AS$3.7 juta untuk muncul dalam filem itu tapi dia turut berhak mengutip 12 peratus daripada keuntungan filem itu, jadi jumlah keseluruhan adalah AS$19 juta. 

Nilai 19 juta pada era 70-an sama dengan AS$75 juta pada 2020.


Ben Hur (1959) - Charriot Race 

Babak perlumbaan Charriot untuk filem Ben Hur pada 1959 ini memang mahal. Ia melibatkan pembinaan 300 set, 9 studio pentas bunyi melibatkan keluasan 140 ekar di Itali. 

Lebih dasyat lagi, ia dibina oleh sebuah syarikat pembinaan dengan 750 kakitangan yang memakan belanja AS$4 juta (RM17.1 juta). 

Itu belum masuk bayaran untuk ribuan pelakon dan lima tahun persediaan untuk penggambaran yang mengambil masa 10 minggu itu.

Nilai 4 juta pada 1958 bersamaan dengan 34 juta ataupun 3.7 juta seminit untuk babak berdurasi 10 minit itu. Perbelajaan dan perancangan yang panjang itu amat berbaloi kerana sehingga kini, Ben Hur masih mengaut keuntungan dan yang paling tinggi pendapatannya di dunia.


Pearl Habor (2001) - Pengeboman Pearl Habor

Babak pengeboman Pearl Habor, pangkalan tentera Amerika Syarikat di Hawaii ini tidak menggunakan CGI, malah pengarahnya, Michael Bay membuat keputusan untuk meletupkan semua yang real sahaja. 

Jadi 700 dinamit dan lebih 15 ribu liter gasolin digunakan untuk meletupkan 6 buah kapal tentera laut Amerika Syarikat yang tidak aktif untuk mencipta semula babak tersebut.

Bagi memastikan tiada yang terlepas dari rakaman, 12 krew kamera digunakan untuk babak yang menelan belanja AS$5.5 juta itu.

sumber: Looper



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu